Ramai Keliru Nak Pakai Pasport Atau IC Untuk Ke Sabah & Sarawak? Ini Jawapannya!
Rupa-rupanya ada yang keliru sama ada nak guna passport ataupun kad pengenalan.
Sabah dan Sarawak kini semakin menjadi destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara
Malah, dikhabarkan bahawa ramai pelancong suka memilih Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelancongan kerana tertarik dengan budaya dan keindahan kedua-dua negeri itu.
Bayangkan, terdapat hampir 100 etnik yang wujud di sana dan hidup secara harmoni membuatkan ramai tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaum-kaum ini.
Selain itu, Sabah juga sangat terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik menjadikan ia destinasi wajib pelancong. Manakala Sarawak juga turut dikenali kerana keenakan kek lapisnya. Bak kata orang, tak sah lawatan kalau tidak mencuba kek lapis Sarawak.
Namun, baru-baru ini terdapat persoalan sama ada rakyat Malaysia di semenanjung perlu membawa passport jika melawat kedua-dua negeri itu atau tidak.
Seorang pengguna Twitter, Mohsyahnizam berkongsi satu screenshot menunjukkan rakannya bertanyakan sama ada dia perlu membawa passport atau boleh menggunakan kad pengenalan jika ke Sabah dan Sarawak.
Perkongsian itu kemudian mendapat banyak reaksi netizen yang memberi penjelasan mengenai perkara itu
Selain itu, warganet turut berkongsi pandangan sama ada lebih senang menggunakan passport atau kad pengenalan jika ke Sabah atau Sarawak
Kesimpulannya, tak kisahlah nak guna yang mana pun, yang penting, sampai ke destinasi!