Anda Wajib Cuba 17 Hidangan Sarawak Popular & Unik Ini Sekali Seumur Hidup!
Jom cuba hidangan tradisi di Sarawak yang lazat dan popular ini!
1. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak merupakan salah satu hidangan yang tersenarai dalam hidangan Top 10 oleh cef terkemuka Anthony Bourdain. Hidangan ikonik ini mempunyai bihun yang dimasak bersama kuah udang, belacan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, serai, santan pekat dan dihidangkan bersama taugeh, udang, hirisan telur dan ayam yang diparut.
2. Mee Kolok
Mee Kolok merupakan hidangan mee yang ringkas dan kebiasaannya dinikmati untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Hidangan ini mempunyai mee kuning yang dicampur dengan minyak dan kicap. Seterusnya, dihidangkan bersama daging, taugeh dan daun bawang.
3. Mee Tomato Rangup
Mee tomato rangup ini kebiasaannya mempunyai yee mee yang dihidangkan dengan kuah tomato bersama sayur sawi, daging dan seafood. Anda juga boleh menikmati hidangan ini bersama kuey teow atau mihun.
4. Sayur Midin (Pucuk Paku)
Sayur midin, atau dikenali juga sebagai pucuk paku selalunya ditumis dengan bawang putih dan belacan. Terdapat juga tambahan ikan bilis dan ikan masin yang kebiasaannya dijual di kedai nasi campur.
5. Ayam Pansuh (Manok Pansoh)
Ayam pansuh merupakan hidangan Iban yang unik sekali kerana semua bahan-bahan dimasak di dalam buluh. Hidangan ini mengandungi ketulan ayam, serai, pucuk ubi yang dimasukkan ke dalam buluh dan dimasak secara perlahan pada api yang perlahan untuk masa yang lama. Cara memasak ini membantu menyerap aroma dan rasa yang menghasilkan ayam yang lembut dan berperisa. Kuahnya juga kaya dengan rasa serai dan buluh.
6. Terung Dayak
Terung dayak, iaitu buah bulat yang berwarna oren, merupakan bahan utama yang selalu digunakan dalam masakan di Sarawak. Buah yang unik ini selalu dimasak dalam lauk berkuah yang masam seperti asam pedas ikan dan banyak lagi.
7. Dabai
Dabai merupakan buah yang agak keras tetapi jika direndam di dalam air suam yang bergaram selama 10 hingga 15 minit, anda akan mendapat buah yang lembut seperti kurma. Isinya yang kuning mempunyai rasa yang sangat berkrim. Bijinya juga boleh dimakan!
8. Bihun Belacan
Hidangan belacan bihun mempunyai bihun yang dihidangkan bersama kuah udang dan belacan yang sedikit manis, timun, dan telur padi. Lebih enak jika dinikmati bersama limau dan sos cili.
9. Mee Sapi
Hidangan mee sapi kebiasaannya menggunakan mee yang sama seperti mee kolok. Tetapi mee sapi dihidangkan bersama kuah daging. Anda juga akan mendapat hirisan daging dan taugeh sebagai topping.
10. Umai
Umai merupakan hidangan Melanau yang mempunyai hirisan ikan yang segar bersama bawang, cili, garam dan jus limau atau asam. Sesetengah tempat juga menambahkan sago bakar untuk menggantikan nasi. Hidangan ini juga selalunya dihidangkan bersama udang yang dicelur.
11. Linut
Linut merupakan pengganti nasi yang diperbuat daripada tepung sagu dan air panas. Kemudian, dikacau sehingga menghasilkan campuran yang kental seperti jeli. Hidangan ini enak dinikmati bersama lauk yang berkuah masam, masin, pedas atau sayur midin.
12. Ulat Mulong
Walaupun pelik, ulat mulong begitu popular sekali di Sarawak. Ini kerana ulat mulong yang gemuk mempunyai tekstur yang menarik. Terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ulat mulong mempunyai rasa yang sama seperti udang. Hidangan ini sedap digoreng bersama kicap, disalai atau dijadikan sate.
13. Bubur Pedas
Hidangan bubur pedas yang berasal dari Indonesia ini sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu di Sarawak. Bubur pedas ini selalunya dinikmati pada bulan Ramadan kerana kaya dengan bahan-bahan yang mengenyangkan seperti tauhu kering, cendawan kering, kulat hitam, sayur midin, kacang panjang dan beras. Daging ayam dan lembu ditambah untuk menaikkan rasa.
14. Kuih Selorot
Kuih selorot atau dikenali juga sebagai corot, merupakan kuih tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Apa yang menarik tentang kuih ini ialah ia dibalut dengan pucuk nipah. Kuih ini selalunya dihidangkan semasa bulan Ramadan.
15. Kek Lapis Sarawak
Walaupun kek lapis sudah menjadi kebiasaan di negeri semenanjung, tetapi kek lapis ini merupakan kuih yang penting di Sarawak. Kek lapis sering dihidangkan pada musim perayaan di Sarawak. Cara penyediaannya juga memerlukan kerja keras dan masa yang lama. Memang unik!
16. Tumpik
Tumpik merupakan makanan tradisi masyarakat Melanau di Sarawak. Hidangan ini diperbuat dari tepung sagu dan mempunyai bentuk yang sama seperti lempeng. Tumpik selalunya dinikmati bersama air gula apong untuk sarapan atau minum petang.
17. Kuih Penyaram Gula Apong
Kuih penyaram ini sangat menarik kerana menggunakan gula apong yang sinonim dengan negeri Sarawak. Kuih ini hanya menggunakan campuran tepung beras dan tepung gandum, dan dimaniskan dengan gula apong. Kemudian, adunan digoreng untuk menghasilkan kuih yang crispy dan lembut.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!