seismik

Selain Kumur, Ada 10 Lagi Kegunaan Lain Listerine Yang Lebih Bagus Dan Efektif!

#TIL! :D

Cover image via Google

Berkumur dua kali sehari merupakan cara yang bagus untuk mengekalkan nafas segar kerana memberus gigi hanya dapat membersihkan 25% kekotoran daripada mulut anda

Malah, menurut kajian, Pengkumur Mulut jenama Listerine mampu membunuh bakteria oral dalam masa 10 hingga 30 saat. Anda juga akan dapat merasakan perubahannya dengan segera. Jadi, jangan lupa untuk berkumur dua kali sehari selama 30 saat!

Image via Gfycat

Bila sebut sahaja tentang Listerine, pasti ramai yang anggap bahawa Listerine hanya boleh digunakan untuk tujuan berkumur sahaja. Sebenarnya banyak kegunaan lain yang mungkin anda tak tahu.

Di bawah merupakan 10 cara kegunaan Listerine yang lain dan lebih efektif dan bagus. Mungkin boleh cuba-cuba lepas ni.

1. Dapat menghilangkan bau kurang sedap pada ketiak

Image via Giphy

Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.

2. Dapat menghilangkan kegatalan akibat gigitan serangga

Image via Giphy

Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.

3. Boleh membasmi kuman di mangkuk tandas

Image via Giphy

Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.

4. Dapat membantu untuk menghilangkan kelemumur

Image via Google

Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

5. Mampu menghilangkan kutu di bulu haiwan

Image via Ekor9.com

Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

6. Dapat membersihkan muka yang berjerawat

Image via Giphy

Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

7. Boleh membasmi kuman yang ada pada berus gigi

Image via Giphy

Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Boleh digunakan untuk membersihkan skrin TV atau monitor komputer

Image via BuzzFeed

Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Boleh menghilangkan bau busuk di dalam tong sampah

Image via Wirecutter

Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Boleh juga melegakan masalah kaki anda

Image via Giphy

Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.

Ha, banyak je kegunaan lain Listerine ni selain untuk berkumur bukan? Lepas ni bolehlah cuba kalau rajin-rajin. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Leave a comment