Selain MyKad, Ini 4 Jenis Kad Pengenalan Malaysia Yang Lain Ada Anda Patut Tahu
Baru tahu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila sebut kad pengenalan mesti ramai akan terfikir 'IC biru', iaitu MyKad yang hanya dimiliki oleh warganegara Malaysia
Walau bagaimanapun, kad pengenalan di Malaysia sebenarnya ada beberapa jenis mengikut status dan fungsi yang berbeza.
Ini perbezaan 5 jenis kad pengenalan di Malaysia yang mungkin ramai antara kita baru tahu akan kewujudannya:
1. MyKad
- Pemegang adalah berstatus Warganegara Malaysia
- Cetakan pelangi
- Corak guilloche
- Nombor MyKad turisan laser
- Imej turisan laser
- Pelindungan anti salinan
- Sinaran UV pelbagai warna
- Cip 80K

2. MyTen
- Khas untuk anggota ATM yang sedang berkhidmat sahaja
- Cip dan fungsi sama seperti MyKad
- Sah untuk semua urusan rasmi Kerajaan dan Swasta

3. MyPOCA
- Merujuk kepada Prevention of Crime Act atau POCA
- Akta bagi mengekang aktiviti jenayah terancang, pertubuhan rahsia dan aktiviti keganasan
- Bagi individu yang tertakluk dibawah peruntukan POCA oleh pihak berkuasa
- Sebagai dokumen pengenalan bagi individu berkenaan
- Berbeza daripada Mykad biasa dari segi fungsi dan kategori pemegang
- Bertujuan membantu pemantauan dan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa

4. MyPR
- Pemegang Kad Pemastautin Tetap adalah berstatus Bukan Warganegara
- Kelayakan berdasarkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia

5. MyKas
- Pemegang Kad Pemastautin Sementara adalah berstatus Belum Ditentukan
- Dikeluarkan kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan
- Tempoh sah laku adalah 5 tahun daripada tarikh kad dikeluarkan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via