Selalu Nampak Ibu Buat S*ks Dengan Teman Lelaki, Budak 5 Tahun Nodai Adik Kembar Sendiri
Kesiannya kecil-kecil dah didedahkan dengan seks. Hmm.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gara-gara sering melihat ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang budak lelaki berusia lima tahun sanggup menodai adik kembarnya sendiri
Menurut laporan Sinar Harian, kes yang berlaku di salah sebuah negeri beberapa tahun lalu itu telah mengubah kehidupan kanak-kanak lelaki terbabit menjadi seorang yang ketagih untuk melakukan hubungan seksual.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan abang mangsa kerana ketagih untuk melakukan hubungan seks akibat kerap menyaksikan ibunya melakukan hubungan terbabit bersama seorang lelaki di rumah mereka.
Difahamkan, peristiwa itu terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit
"Apa yang membimbangkan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ini bukan sahaja menjadi mangsa, malah pemangsa.
"Sikap bertanggungjawab ibu bapa dalam memantau perkembangan dan pergerakan anak-anak penting bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perkara yang tidak bermoral.
"Selain itu, statistik turut merekodkan 70 peratus mangsa jenayah seksual adalah kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun dan kemungkinan perkara ini disebabkan faktor kematangan selain aspek kehidupan mereka itu sendiri," katanya.
Justeru kata Siti Kamsiah, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan jenayah seksual dapat diatasi terutamanya melibatkan kanak-kanak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!