seismik

#SelamatHariRakyat: Jom Lihat Semula Video Epik Karim Raslan 'Sound Direct' Ketua SPR

Jujur dan padu!

Cover image via ht / YouTube

#SelamatHariRakyat buat semua rakyat Malaysia.

Sudah setahun kita menyaksikan tampuk pemerintahan Barisan Nasional tewas ke tangan pembangkang setelah lebih 60 tahun memerintah.

Image via Najib Razak

Barisan Nasional (BN) telah memegang tampuk pemerintahan Malaysia sejak tahun 1957 selepas negara mencapai kemerdekaan daripada British.

Akhirnya pada 2018, BN tewas dan impian rakyat menjadi kenyataan apabila Pakatan Harapan berjaya mengungguli 113 kerusi Parlimen dalam PRU14.

Boleh dikatakan, penglibatan semula Tun Mahathir dalam arena politik memberi impak yang sangat besar kepada keputusan dan undian rakyat Malaysia.

Ketika undian sedang dikira, seorang individu telah mencuri tumpuan menerusi wawancaranya di Astro Awani

Individu tersebut adalah Karim Raslan iaitu Pengasas Kumpulan KRA.

Dalam wawancara tersebut, Karim Raslan begitu mencuri tumpuan dengan ucapannya yang penuh berani dan straight to the point. Beliau dengan selambanya mengutuk tindakan Pengerusi SPR pada waktu itu, Tan Sri Hashim Abdullah atas prestasinya yang dianggap memalukan.

Image via ht / YouTube

Ketika itu, seluruh rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu keputusan PRU14 yang sepatutnya sudah pun diumumkan terlebih awal. Tetapi Tan Sri Hashim masih mendiamkan diri walau jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi.

"You should just resign. If you can't handle the heat, get out of there!" kata Karim Raslan

Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah.

Image via Berita Harian

Ucapannya itu benar-benar terselit unsur berang dan marah, malah body language beliau jelas mempamerkan segala-galanya.

Karim Raslan turut menganggap tindakan Tan Sri Hashim melambatkan pengumuman itu sebagai tidak telus kerana telah dipengaruhi oleh suara-suara 'orang penting' di belakang tabir.

"What I would like to know is, what are the pressures behind you? Who's whispering in your ears? This is the kind of ridiculous rubbish we have to see the end of from today," katanya lagi.

Tanpa menaip dengan lebih panjang, apa kata kita saksikan video tersebut di bawah:

Netizen masing-masing begitu teruja dan bersetuju dengan kata-kata Karim Raslan yang sememangnya tepat dan berasas

Image via ht / YouTube

Kudos Karim Raslan! :)

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Singkap kembali kemenangan bersejarah Pakatan Harapan DI SINI:

You may be interested in: