seismik

Selamba Memandu Kereta Bapa Di Jalan Raya, Budak Lelaki 11 Tahun Kini Ditahan Polis

Membahayakan.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran kelmarin, mengundang padah apabila ditahan polis

Budak lelaki tersebut dilihat memandu seorang diri ketika mahu menuju ke sesuatu tempat sebelum ditegur oleh rakan-rakannya yang lain di situ.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima satu klip video memaparkan kanak-kanak yang memandu Proton Saga berwarna perak tersebut.

Lihat video itu di bawah:

Bapa dan anak ditahan pihak polis

Difahamkan, kejadian itu berlaku di jalan berkenaan, kira-kira pukul 6 petang. Bertindak atas maklumat, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Pandamaran, kira-kira pukul 1.15 pagi.

“Kereta Saga itu bersama kanak-kanak berkenaan dan pemilik kenderaan yang juga bapanya berusia 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan,

Jelas Hoong Fong, dua beranak itu dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tindakan lanjut.

Image via Twitter

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan 1987 iaitu kesalahan memandu di bawah umur dan bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan itu.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi,” ujarnya.

Tambah beliau, semakan polis mendapati kanak-kanak itu masih belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Klang.

Kecil lagi dah memandu, boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: