seismik

“Sempena Birthday Saya Pada 21 April, Hadiah Istimewa Adalah Rakyat Kekal Duduk Di Rumah”

Beliau menyifatkan bahawa permintaan itu adalah antara hadiah hari lahir yang paling bermakna buat dirinya.

Cover image via Malay Mail

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham telah mengungkapkan satu 'permintaan' bersempena dengan hari lahirnya pada Selasa, 21 April

Image via Malay Mail

Umum sedia maklum, Datuk Dr. Noor Hisham adalah salah seorang yang telah 'menghiasi' kaca televisyen ketika wabak Covid-19 kian meruncing pada ketika ini.

Bukan setakat itu sahaja, setiap hari jam 5 petang, anak kelahiran Sepang, Selangor ini akan mengadakan Sidang Media Harian bagi memaklumkan tentang perkembangan mutakhir wabak Covid-19 ini serta hal berkaitan yang lain.

Tambahan pula, beliau yang kini menjadi tumpuan orang ramai termasuk media Malaysia dikatakan akan menyambut hari lahirnya pada hari Selasa, 21 April, di usia genap 57 tahun.

Oleh itu, beliau turut menyuarakan satu 'permintaan' yang berbunyi:

“Sempena hari jadi saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi.”
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Dr Noor Hisham telah membawa khabar positif apabila jumlah kes positif baru dicatatkan hari ini, 20 April, adalah terendah sejak 12 Mac lalu dengan 36 kes dan tiada kematian dilaporkan

Image via Malay Mail

Menurut sumber, Ketua Pengarah Kesihatan itu menyampaikan pesanan meminta semua rakyat Malaysia kekal di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak yang merbahaya ini.

Beliau turut menyifatkan bahawa permintaan itu adalah antara hadiah hari lahir yang paling bermakna buat dirinya.

Jom sama-sama kita memberikan 'hadiah' ini buat Datuk Dr. Noor Hisham yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan keadaan kesihatan di Malaysia kembali normal

Image via Google

Team SAYS Seismik mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Datuk Dr. Noor Hisham!

You are the best!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Alhamdulillah!

Baca lagi artikel lain berkaitan Datuk Dr. Noor Hisham di sini:

You may be interested in: