seismik

Lapan Buah Negeri Catat Sifar Kes Baru Positif Covid-19 Semalam, 19 April

Negara yang terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Cover image via Google

Seperti sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan bermula 18 Mac lalu ternyata memberi kesan yang baik apabila bilangan kes positif kian menurut sejak beberapa hari lalu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Gempak

Tambahan pula, sejak semalam, 19 April 2020, sebanyak lapan buah negeri di Malaysia telah mencatat sifar kes positif Covid-19. Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut laporan, jumlah sama turut direkodkan kelmarin, bagaimanapun berlaku perubahan negeri yang mencatatkan sifar kes positif pandemik itu.

Walau bagaimanapun, Melaka telah mencatat jumlah kes positif tertinggi pada semalam iaitu sebanyak 37 kes apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kes kluster terbaru

Kes kluster terbaru yang dikesan adalah melibatkan kumpulan pelajar Malaysia yang pulang dari Magetan, Jawa, Indonesia.

Malah, situasi yang sama turut berlaku di kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya apabila keseluruhan 43 orang pelajar dari Indonesia telah dikesan positif Covid-19. Sembilan daripada mereka dikuarantin di Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata dengan pertambahan 84 kes yang direkodkan semalam, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia setakat ini berjumlah 5,389 kes

Gambar sekadar hiasan.

Image via The National Interest

Setakat 18 April 2020, terdapat 19 Zon Hijau di Semenanjung manakala 17 Zon Hijau di Sarawak dan 11 Zon Hijau di Sabah. Kuala Lumpur merupakan satu-satunya wilayah di mana semua empat zonnya masih berada dalam Zon Merah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan Zon Hijau yang tidak merekodkan sebarang kes jangkitan Covid-19 boleh diberi kelonggaran daripada dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun begitu, keputusan tersebut harus dibuat secara teliti selain memastikan ia benar-benar bebas daripada wabak itu.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 17, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 17, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: