seismik

"Pengiktirafan Ini Bukan Untuk Saya, Tapi..." - Jawapan Dr Noor Hisham Buat Rakyat Kagum

Down to earth. Ini yang kita mahu. :)

Cover image via Sinar Harian & Google

Umum sedia maklum bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak Covid-19 ketika ini

Image via Amirudin Shari

Beliau telah diiktiraf oleh China Global Televisyen Network (CGTN) sebagai seorang daripada tiga doktor terbaik di dunia dalam usaha menangani situasi pandemik Covid-19 ini.

Menurut laporan CGTN, Datuk Dr. Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang Covid-19 selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Ashley Bloomfield.

Ketiga-tiga mereka dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu mengetengahkan penampilan tenang, jelas dan meyakinkan bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pandemik itu.

Tambahan pula, CGTN turut mengetengahkan bahawa walaupun mereka bukan Menteri Kabinet, namun mereka berjaya muncul sebagai 'wajah' buat negara masing-masing dalam memerangi Covid-19

Wajah ketiga-tiga doktor terbaik di dunia pada ketika ini.

Image via BuzzKini

Menurut sumber, CGTN juga menyifatkan penampilan berprofil rendah dan bersahaja menjadi daya tarikan Noor Hisham manakala Bloomfield menyifatkannya sebagai kakitangan awam paling sesuai bagi menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tahniah sekali lagi buat ketiga-tiga doktor ini di atas pengiktirafan yang diterima!

Siapa tahu, pengiktirafan yang diterima oleh Datuk Dr. Noor Hisham juga menjadi salah satu soalan yang telah dilontarkan oleh seorang wartawan ketika Sidang Media Harian Covid-19 diadakan semalam, 16 April 2020

Image via Sinar Harian

Oleh itu, seorang pengguna Twitter iaitu @shukery_azizan telah berkongsi pendapat tentang jawapan yang diberikan oleh Datuk Dr. Noor Hisham.

Sungguh tidak disangka kerana jawapan beliau benar-benar membuatkan rakyat Malaysia kagum.

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Sebenarnya, pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada NEGARA..."

Beliau dikatakan seorang yang merendah diri walaupun pengiktirafan tersebut adalah di atas usaha kerja keras beliau setiap hari bagi memastikan Malaysia dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini

Untuk anda yang mungkin tidak sempat dengar, boleh tonton klip video berdurasi 0:20 saat di bawah:

Malah, rata-rata warganet turut memuji beliau di atas jawapan yang diberikan:

Image via Twitter

Bersyukur rakyat Malaysia dapat Ketua Pengarah Kesihatan seperti Datuk Dr. Noor Hisham ini!

Image via Google

Dalam pada itu, ingat untuk patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: