seismik

Datuk Dr. Noor Hisham 'Balas' Surat Kiriman Si Cilik Ini Buat Ramai Tersentuh. Comelnya!

Hero Malaysia. ;)

Cover image via Twitter @imancullen_

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham sememangnya disanjungi oleh rakyat Malaysia pada masa kini di atas usaha beliau menangani situasi pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Image via Malay Mail

Malah, baru-baru ini beliau juga telah diiktiraf oleh China Global Televisyen Network (CGTN) sebagai seorang daripada tiga doktor terbaik di dunia dalam usaha menangani situasi pandemik Covid-19 ini.

Datuk Dr. Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang Covid-19 selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Ashley Bloomfield.

Bukan setakat itu sahaja, Datuk Dr. Noor Hisham juga disenangi oleh rakyat Malaysia kerana sifat dan penampilan beliau yang tenang, jelas dan meyakinkan orang ramai ketika menyalurkan maklumat tentang Covid-19

Oleh disebabkan itu, rata-rata rakyat Malaysia turut merakamkan sekalung penghargaan serta ucapan jutaan terima kasih kepada beliau di atas pencapaian beliau dan pasukan barisan hadapan Malaysia yang terlibat dalam menangani penularan wabak Covid-19 pada ketika ini.

Syabas buat semua!

Namun, siapa sangka si cilik ini juga ingin berterima kasih kepada Datuk Dr. Noor Hisham dengan cara menulis serta mengirim 'gelang tangan' yang dibuat sendiri olehnya sebagai tanda penghargaan

Paling mengejutkan, Datuk Dr. Noor Hisham turut membalas surat tersebut dengan ucapan terima kasih kerana si cilik ini telah mengirimkan seutas gelang yang dibuat sendiri sebagai 'tanda persabahatan' dan kini dipakai oleh cucunya.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh abang kepada si cilik ini di laman Twitter @imancullen_ dan berjaya meraih lebih 22.5 ribu retweets dan 21.8 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

So my lil sister wrote a letter for Dr Hisham and sent it to his office. Then today got a whatsapp message with this pic of the official surat, Dr Hisham punya reply to my lil sis. He is so humble and I respect him a lot with what his contributions for our country.

"Thank you for all the hard work you are doing to help the people of Malaysia..."

Datuk Dr. Noor Hisham membalas surat tersebut dengan perasaan merendah diri dan turut berterima kasih di atas surat dan gelang yang dihantar oleh Lara

Comelnya! :')

Image via Tenor

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 17, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 17, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: