seismik

Lebih 18K Likes, Gadis Ini Kongsi Barangan Best Di Shopee Untuk Peniaga Online. Berbaloi!

Makin senang nak ber-online business lepas ni!

Cover image via @syifaaaahmad/Twitter

Dalam era globalisasi ini, perniagaan dalam talian atau online shopping sangat popular dan digemari oleh masyarakat kerana semuanya boleh didapati pada hujung jari

Bukan itu sahaja, dengan peningkatan kos hidup hari ini, semakin ramai yang menjalankan perniagaan dalam talian untuk menjana pendapatan kedua. Bahkan laman sosial seperti Facebook dan Instagram bukan hanya tempat beramah mesra dengan rakan semata-mata tetapi juga dijadikan tempat membeli-belah.

Kaedah perniagaan dalam talian ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah di samping mempunyai risiko yang jauh lebih rendah di mana peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah ramai pekerja.

Terbaru, melalui laman Twitter, seorang gadis bernama Syifaa telah berkongsikan beberapa item atau barangan di laman Shopee yang bukan sahaja mampu milik tetapi sememangnya berbaloi kerana boleh memudahkan urusan perniagaan online anda.

Jom lihat perkongsian penuh di bawah:

1. Bubble Wrap/Fragile Tape/OPP Tape

Benda wajib for online sellers. Kalau korang pakai banyak bubble wrap, better beli 100m terus lagi murah.

2. Bubble wrap (10 meter)

Kalau korang tak banyak guna bubble wrap, boleh beli yang 10m.

3. Inflatable wrap

Sesuai untuk wrap barang yang extra fragile for extra care. i.e. botol kaca, phone, biskut, etc

4. Shipping box/pizza box

Boleh guna shipping box juga for extra protection. Atau untuk yang jual makanan. Ada banyak size box boleh pilih.

5. Thermal printer

Ada banyak pilihan kat Shopee. I beli dari kedai ni sebab after sales service tiptop & laju. Order pukul 5 petang terus ship out haritu jugak.

Kalau tak sure model printer mcmana yang korang perlu, tanya je. The seller is very helpful.

6. Courier bag with pocket

Flyers ini ada warna white & grey, ada banyak size boleh pilih. Paling penting i beli yang ni sebab dia ada pocket. Masa tu belum beli thermal printer lagi. Hiks.

7. Colorful courier bag (no pocket)

Kalau korang bosan pakai flyers yang sama, bolehlah variasikan guna flyers warna-warni pulak. Tapi tiada pocket tepi la.

8. Business card/Name card/Loyalty card

Antara banyak-banyak kedai printing yang provide service business card/name card printing. Harga pun berpatutan dengan kualiti.

9. Rak buku

Ni rak buku tapi boleh je kalau nak guna untuk simpan stock barang niaga. Very useful for small online business.

Boleh la fefeeling display product sendiri di rumah hehe.

10. Thank you sticker

Kalau korang nak add value to your product packaging, boleh lah tampal Thank You sticker yg comel ni.

11. Photography table top stand/Ring light

I bukan pakar photography tapi yang ni sesuai for beginner atau seller yang shoot gambar produk sendiri atau buat flatlay. Very useful for video shooting jugak. Boleh pilih nak ring light sekali or table stand je.

12. Ziplock paper bag packaging

Yang jual makanan atau doorgift tu boleh lah beli ziplock packaging kat sini.

13. Portable mini studio

This mini studio also veryy useful if nak shoot ur product, ni i ada tryyy for my watch very recommend!!

Lampu cerah dan sesuai untuk shoot barang yang kecik!! Hehe.


Wah, banyaknya barang best.

Paling penting, lebih senang nak buat online business lepas ni!

Image via Gfycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Peniaga online jangan tertipu dengan teknik penipuan ini, tau!

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: