seismik

Serbu Truck Skuad APEC 2020 Ini & Terima Kejutan Untuk Pengunjung Bawa Pulang. Fun Beb!

Kali ini lebih menyeronokkan! :D

Cover image via APEC

Malaysia sememangnya penuh dengan kejutan dan keseronokan. Setiap bulan boleh dikatakan ada sahaja festival yang awesome!

Image via Giphy

Yang kerap menjadi tumpuan, bila ada banyak food truck menjual pelbagai pilihan makanan dan minuman yang sedap-sedap. Tapi berbeza pula dengan truck yang kami ingin kongsikan kali ini.

Kemunculannya memang wajib anda serbu. Tertera logo APEC 2020truck ini bukan sahaja menawarkan makanan percuma, malah ada banyak permainan dan hadiah menarik untuk dibawa pulang.

Apa itu APEC?

Untuk pengetahuan anda, tahun ini negara kita sekali lagi bakal menjadi tumpuan dunia apabila bergelar tuan rumah buat kali kedua bagi Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 (APEC 2020) yang bakal disertai lebih 21 bidang ekonomi dan 16,000 delegasi antarabangsa.

Image via APEC

Kali terakhir Malaysia menjadi penganjur APEC adalah pada tahun 1998. Bagi yang masih belum tahu, APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada tahun 1989 bagi memanfaatkan kebergantungan yang semakin meningkat dalam kalangan negara Asia Pasifik.

Image via APEC

Apa yang pasti, penganjuran APEC pada tahun ini adalah usaha negara kita dan ia bakal menjadi platform penganjuran terbaik dari segala sudut termasuk hospitaliti, semangat Malaysia Boleh dan kemakmuran bersama yang sememangnya menjadi nadi negara.

1. Skuad APEC 2020 turun padang

Sempena pembukaan persidangan pertama First Senior Officials’ Meeting (SOM1) pada Februari ini, Skuad APEC 2020 akan turun padang untuk berkongsi pengetahuan serta mendidik masyarakat tentang peranan APEC kepada negara.

Image via APEC

Kami difahamkan skuad APEC 2020 akan singgah di beberapa lokasi terpilih pada 12, 15 dan 19 Februari 2020 seawal jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Apa yang pasti, mobile truck APEC 2020 pastinya akan sarat dengan aktiviti dan hadiah-hadiah menarik untuk dibawa pulang.

12 Februari 2020 (Rabu)
10.00 pagi – 12.00 tengahari : Sunway University
02.00 petang – 04.00 petang : Universiti Putra Malaysia

15 Februari 2020 (Sabtu)
10.00 pagi – 12.00 tengahari : Tamarind Square
02.00 petang – 04.00 petang : Dataran Putra

19 Februari 2020 (Rabu)
10.00 pagi – 12.00 tengahari : UiTM Puncak Perdana
02.00 petang – 04.00 petang : Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Berhibur dengan permainan interaktif

Image via Gifer

Truck Skuad APEC 2020 memang lain daripada yang lain sebab ada banyak aktiviti yang menarik dan menyeronokkan seperti F1 Simulator, roda impian dan pop kuiz!

Tak cukup dengan itu, ada juga permainan lain yang anda boleh cuba seperti ‘Find Me!’, permainan interaktif atas talian Kahoot! dan selfie contest. Semua aktiviti ini boleh buat anda tak nak balik rumah dibuatnya!

3. Hadiah dan ganjaran menarik untuk anda semua rebut. Syoknya!

Image via Giphy

Dah nama pun game dan contest, mestilah ada hadiah bukan? Bagi anda yang turut serta aktiviti bersama Skuad APEC 2020 nanti, ada pelbagai hadiah menarik dan koleksi merchandise percuma untuk dibawa pulang.

Kalau dapat lebih, jangan lupa bagi yang tersayang! Hehe.

4. Makanan PERCUMA pun ada. Ini baru lebih menarik!

Image via Giphy

Memang tak rugi kalau anda serbu truck APEC ini sebab makanan percuma pun ada disediakan.

Paling menarik, kami difahamkan food truck APEC ada menyediakan pelbagai jenis makanan yang mewakili 21 ekonomi. Pendek kata memang semuanya sedap. Tapi pastikan anda datang awal sebab makanan yang disediakan adalah terhad ya.

Jom serbu Skuad APEC 2020!

Image via Giphy

Mesti anda semua sudah tak sabar nak jumpa Skuad APEC 2020 nanti bukan?

Tapi sebelum itu, pastikan anda sudah tetapkan masa dan tarikh untuk ajak rakan-rakan seramai yang boleh untuk turut serta memeriahkan suasana di situ.

Ayuh serbu Skuad APEC dengan sambutan hangat rakyat Malaysia! :D

Image via APEC

Jangan lupa ikuti perkembangan APEC di Facebook, Twitter dan Instagram atau layari laman sesawang di link ini.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!