Siap Sedia, Ini 8 Daerah Yang Menjadi 'Hotspot' Banjir Di Selangor Menurut NADMA
Hati-hati guys.
Seperti yang kita tahu, banjir bukanlah perkara yang asing lagi di Malaysia
Banyak daerah dan negeri yang terjejas akibat bencana ini. Sudah pasti ini amat menyedihkan, tambahan lagi bila tibanya musim hujan. Memang perlu berhati-hati kerana ia kadangkala datang tanpa disangka.
Jika dulunya kita sering mendengar kawasan banjir yang terjejas teruk berada di pantai timur, namun negeri lain juga perlu mengambil langkah keselamatan. Selangor juga merupakan antara negeri yang terjejas teruk dek kerana banjir tempoh hari.
Disebabkan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenal pasti lapan daerah di Selangor sebagai 'hotspot' atau lokasi tumpuan banjir.
NADMA memaklumkan lokasi tumpuan berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan banjir lebih tiga kali dari tahun 2019 hingga 2022
Semua daerah di Selangor ini telah diletakkan sebagai berisiko banjir dan penentuannya adalah berdasarkan kawasan terbabit pernah dilanda banjir.
Jadi, jangan ambil mudah dan anda semua diminta peka terhadap situasi ini. Lebih elok jika persiapkan sekali segala kelengkapan menghadapi banjir.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!