Solidariti Untuk Palestin, Ini Qunut Nazilah & Doa Anda Boleh Baca
Jom sama-sama kita doakan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum mengetahui keadaan saudara mara Islam kita di Palestin kini semakin teruk
Kini, hampir 1 juta rakyat Palestin telah melarikan diri dari Rafah, selatan Semenanjung Gaza, kerana pencerobohan berterusan Israel ke atas bandar itu.
Sudah tentu berita ini amat menyedihkan kita apabila tahu keadaan mereka yang serba kekurangan di sana.
Ditambah pula dengan kekejaman yang dilakukan kaum Zionis tanpa belas kasihan kepada penduduk Palestin.
Walaupun kita tidak dapat turun untuk membantu mereka, namun kita masih boleh membantu dari jauh.
Senjata yang paling berkuasa buat umat Islam sudah tentunya doa. Berdoalah buat mereka agar Allah SWT melindungi mereka.
Cara baca doa Qunut Nazilah (Rumi)
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia akan dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari rukuk untuk iktidal.
Ada 3 cara membaca doa tersebut, kita boleh memilih antara salah satu dari cara-cara berikut:
- Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
- Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
- Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah
Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚
Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim,
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka
Allahumma Baddid Syam-Lahum
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum,
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka
Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu
Ya Allah yang Maha Memaksa,
Ya Allah yang Maha Perkasa,
Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚
Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah
Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚
Yang turunkan kitab
Ya Mujriyas-Sahab‚
Yang gerakkan awan
Ya Hazimal Ahzab
Yang tewaskan tentera Ahzab
Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!