seismik

Sorotan Dari Ucapan Pertama DS Anwar Ibrahim Sejak Bebas

Lebih kurang 10,000 orang berada di Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur semalam.

Cover image via Ariffin Jamar/The Straits Times

Semalam, 16 Mei, hampir 10,000 rakyat Malaysia berkumpul di Padang Timur untuk meraikan kebebasan pemimpin tidak rasmi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 jam selepas menerima pengampunan penuh dari Yang di-Pertuan Agong

Ucapan awal disampaikan oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH), seperti Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, setiausaha agong DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada pukul 11 malam, DS Anwar mangakhiri acara itu dengan memberi ucapan beliau. Dalam ucapannya, beliau sempat berjenaka menyatakan ini merupakan tempat sama beliau berucap sebelum mendapat "percutian tiga tahun tanpa bayaran," kata The Straits Times.

Image via Bernama

DS Anwar mendedahkan bahawa, pada 10 Mei, YDP Agong telah meminta isteri beliau, DS Wan Azizah untuk menjadi Perdana Menteri sejak parti PKR memenangi kerusi paling banyak untuk PRU14, namun Timbalan Perdana Menteri terkini itu menolak tawarannya

Image via Astro Awani

Menurut The Straits Times, DS Wan Azizah memberitahu YDP Agong, Sultan Muhammad V bahawa pemimpin-pemimpin PH telah bersetuju untuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Beliau sebaliknya hanya meminta untuk suaminya diberi pengampunan penuh secepat mungkin, permintaan di mana YDP Agong hormati.

DS Anwar memberitahu orang ramai bahawa, "Saya kata kita sudah buat pilihan dan kita bagi ruang penuh kepada Dr Mahathir mentadbir negara. Menteri Kabinet harus diberi ruang untuk jalankan tugas dengan baik.

"Kalau nampak kekurangan kita tegur, kalau nampak mewah-mewah, kita terajang dia, tapi bukan Dr Mahathir tapi yang lainlah," katanya dalam ucapan beliau.

Pemimpin yang berusia 70 tahun itu yang telah menghabiskan masa tiga tahun menjalani hukuman atas sabitan meliwat menyatakan beliau tiada niat untuk bergegas kembali ke dalam politik

"Mahathir bersikap baik kepada saya dan melihat saya tidak mempunyai pekerjaan. Dia bertanya kepada saya jika saya mahu berada dalam Kabinet, tetapi saya berkata tidak perlu," kata DS Anwar, sambil ditertawa orang ramai, lapor The Straits Times.

"Saya akan dimaklumkan tetapi saya tidak perlu berkhidmat dalam Kabinet buat masa ini," katanya.

Sebaliknya, Anwar mendedahkan bahawa beliau mahu berehat terlebih dahulu untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Beliau merancang untuk mengembara dalam Malaysia, termasuk Permatang Pauh yang di mana anaknya, Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen di sana, dan juga Turki, di mana rakannya, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah menjemputnya untuk satu lawatan.

Bercakap mengenai harapannya untuk Malaysia di bawah kerajaan baru, DS Anwar berkata, "Kita mahu menjadi lebih baik dan memastikan bahawa kekayaan negara diberi kepada rakyat."

Image via Bernama

Beliau memberi amaran kepada ahli-ahli PH untuk tidak membiarkan kuasa mengubah mereka menjadi sombong sambil berkata, "Apa yang kita tidak mahu adalah UMNO 2.0, apabila mereka tidak membuat yang terbaik, kita akan usirkan mereka."

Beliau menambah, "Lihat dulu cermin. Alhamdulilah, kita menang dan rakyat menyokong kita. Jadi buat kerja dulu. Jangan sibuk nak jadi menteri. Kerja kena jalan," menurut The Star.

Lihat juga beberapa gambar yang diambil semalam, 16 Mei, ketika keluarga dan sahabat DS Anwar meraikan pembebasan beliau:

1. DS Anwar, yang pernah dipenjarakan dua dekad yang lalu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, berjabat tangan sebelum menghadap YDP Agong di Istana Negara

2. Satu "detik bersejarah" buat DS Anwar yang diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Bersama di dalam gambar adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.



3. DS Anwar dan ahli keluarganya bergilir-gilir untuk memeluk satu sama lain dalam pertemuan yang dinanti-nantikan itu



4. DS Anwar yang diberi gelaran Papa Tok dipeluk erat cucunya

6. Akhir sekali, DS Anwar bersama sahabat handai yang menantinya di kediaman beliau.

Antara yang dapat dilihat di sini adalah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, dan Penasihat Parti DAP Lim Kit Siang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: