seismik

[TERKINI] SPRM Sahkan Najib Razak Telah Ditahan

Penangkapan itu telah dibuat kira-kira satu jam yang lalu.

Cover image via Financial Express

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya satu jam yang lalu

Image via ABC

Pegawai SPRM telah pun mengesahkan penangkapan itu dan berkata kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi. Najib dikatakan telah ditahan di kediamannya hari ini.

Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8:30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Image via Today Online

Najib disiasat atas tuduhan menyeleweng berbilion ringgit dari dana 1MDB iaitu sebuah dana negeri yang ditubuhkannya sendiri

Pembantu Najib Razak dilihat memasukkan pakaian ke dalam kereta di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini

Kami akan mengemas kini dengan info lebih lanjut tentang kejadian ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita tentang Najib: