seismik

[TERKINI] Najib Jawab 10 Soalan Perihal Peribadi Dan Negara Yang Menjadi Persoalan Rakyat

Beliau juga bersumpah dalam masjid atas nama Allah SWT bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Cover image via The Star

Sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 yang lepas, bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak telah ditemu bual buat kali pertama oleh pemberita Reuters

Image via The Sun Daily

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, temu bual yang diadakan itu telah membincangkan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta semua barangan berharga yang disita oleh pihak berkuasa.

Ini merupakan antara soalan yang telah ditanyakan dan juga reaksi serta jawapan Najib mengenai isu tersebut:

1. Mengapa sebelum ini Najib tidak banyak mengulas tentang dakwaan mengenai 1MDB?

“Semua perkara ini berlaku di luar Malaysia, ada beberapa ramalan antarabangsa jika saya katakan, kerana saya akan memetik nama beberapa tokoh terkemuka yang mungkin menjejaskan hubungan diplomatik dengan mereka," kata Najib.

2. Adakah benar anak tiri Najib menggunakan dana 1MDB untuk menghasilkan filem?

Image via FMT

Najib juga menjelaskan bahawa, “Saya ingin membuat rekod bahawa Riza melakukannya dengan baik. Filem terbitannya pecah panggung dan mendapat kutipan sehingga AS$800 juta."

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak perlu bimbang tentang perkara tersebut kerana ianya menguntungkan. Namun, Najib menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan berhubung pembiayaan filem berkenaan.

3. Dakwaan mengenai wang AS$681 juta yang dipindahkan ke akaun peribadi Najib pada tahun 2013

Image via Din Merican

Najib mengulas dakwaan ini dengan berkata, “Pada (PRU-14) lalu, saya tidak mahu menerima sebarang pembiayaan daripada syarikat kerana mereka akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Jika saya mempunyai sumber dana sendiri, saya boleh membiayai pilihan raya dan saya boleh melakukan banyak CSR (tanggungjawab sosial korporat) tanpa kerja yang diwajibkan kepada sesiapa saja.

Beliau berkata sebenarnya itu merupakan niat sebenar beliau.

4. Kes mengenai Jho Low yang dibiayai oleh Malaysia

Mengulas dakwaan mengenai Jho Low, Najib berkata bahawa pihak beliau tidak dapat mengawal apa yang dilakukannya dan beliau juga tidak dapat menghakimi. Namun, ada perkara tertentu yang mungkin dilakukan atau mungkin tidak dilakukan.

Beliau mengatakan bahawa siasatan perlu diteruskan dan jika sesiapa didapati menyalahi undang-undang, proses perundangan perlu dilakukan.

Najib juga menjelaskan bahawa, “Dia tidak bekerja bagi pihak saya. Semua barangan miliknya dia tidak pernah membabitkan nama saya, tetapi dia mengatakan dia bertindak untuk orang lain.”

Ketika ditanya Jho Low bekerja untuk siapa, Najib berkata, “Anda perlu bertanya kepadanya sendiri.”

5. Tentang barang kemas termasuk set berlian merah jambu untuk isterinya, Rosmah Mansor

Image via Pahang Daily

Menurut laporan, Najib memberitahu bahawa beliau tidak tahu sumber sebenar dana untuk semua barangan ini datangnya dari mana. Namun, beliau tahu ketika bertanyakan kepada isterinya, Rosmah yang menjelaskan bahawa ianya merupakan barangan yang sepatutnya menjadi hadiah buatnya dan dia tidak pernah menerimanya.

6. Dakwaan mengenai skandal 1MDB

Image via Malaysia Stylo

Najib ketika ditemui berkata, “Saya tidak mendapat manfaat daripada 1MDB kerana saya percaya 1MDB ditubuhkan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk negara. Jika saya tahu akan ada penyelewengan dana, pastinya saya akan bertindak.”

Adakah menyalahkan ahli lembaga 1MDB untuk masalah dana itu?

“Tidak. Saya katakan sebagai prinsip umum, jika mereka tahu bahawa sesuatu tidak betul, maka adalah kewajipan mereka untuk memberitahu saya. Ia adalah kewajipan ahli lembaga dan pihak pengurusan untuk melakukan sesuatu yang dirasakan betul dan mengikut undang-undang," kata Najib menurut laporan yang dipetik oleh Harian Metro.

7. Dakwaan mengenai wang tunai RM114 juta yang dirampas daripada Najib

Menurut laporan Harian Metro, dakwaan mengenai kes ini ditegaskan oleh Najib sendiri bahawa ianya merupakan sumbangan yang betul. Serbuan itu berlaku 2 hari selepas PRU14 berlangsung.

Malah, menurutnya sebagai presiden parti, Najib terpaksa bersiap sedia untuk pilihan raya kerana ianya sangat berharga baginya. Namun, disebabkan sumbangan tersebut dibuat secara tunai pada pilihan raya, cek tidak dihantar ketika hari pilihan raya tersebut kerana orang mahu wang tunai untuk membayar perkara yang sepatutnya.

8. Pilihan raya umum ke-14

Image via The Vocket

Najib menjelaskan bahawa, “Saya melihat sebahagian daripadanya datang, saya tidak menjangkakan ia menjadi bencana seperti ini, walaupun saya mungkin boleh kehilangan beberapa kerusi, tetapi saya tidak mengharapkan kejadian seperti ini, hasilnya yang teruk.

“Ia pengalaman yang membuatkan kami semua trauma dan anda boleh bayangkan, untuk sebuah parti yang ditubuhkan selama lebih 60 tahun. Sejarah Malaysia pada dasarnya adalah sejarah UMNO dan Barisan Nasional," jelasnya.

Najib juga mengatakan bahawa parti pembangkang datang dengan tuduhan yang begitu menakutkan untuk memfitnah dirinya serta kerajaan Barisan Nasional. Ujarnya lagi, malangnya selepas tempoh masa, perkara itu mengubah pandangan umum terhadap BN.

9. Mengulas tentang Perdana Menteri Malaysia yang terbaru iaitu Tun Mahathir

Image via FMT

Najib mengatakan bahawa Tun Mahathir tahu tentang Barisan Nasional, tahu tentang perkhidmatan awam. Malah, Tun Mahathir juga tahu segalanya tentang sistem supaya boleh beroperasi dari dalam sehingga mempunyai kelebihan yang berbeza.

Najib juga turut menyuarakan bahawa, "Dia cukup pandai meringkaskan segala-galanya dengan istilah sangat mudah dan mengulang kisah sama, perkara yang sama berulang kali. Satu lagi perkara yang saya rasa dengan cara tidak baik, adalah kita tidak kalah kepada agenda utama."

10. Kes pembunuhan model dari Mongolia iaitu Altantuya Shaariibuu

Image via Tribun Kaltim

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia Kini, Najib sekali lagi menegaskan bahawa tidak pernah mengenali wanita Mongolia yang dibunuh dua anggota unit elit polis suatu ketika dulu iaitu Altantuya Shaariibuu.

Malah, menurutnya tiada rekod atau gambar dan saksi yang mengatakan bahawa dirinya pernah mengenali wanita itu. Ianya juga tertakluk kepada percubaan yang sepatutnya dan beliau mengatakan bahawa namanya tidak terkait ketika perbicaraan.

Najib juga bersumpah dalam masjid atas nama Allah SWT bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes pembunuhan itu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: