seismik

Polis Dedah Harta Bernilai RM1.1Bilion Dari Kediaman Milik Najib

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh berkata jumlah wang tunai yang dirampas pada 18 Mei yang lalu adalah RM114.5 juta.

Cover image via Malay Mail

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan (JSJ), Datuk Seri Amar Singh yang mengetuai penyiasatan terhadap kes 1MDB telah mengeluarkan kenyataan mengenai segala harta mewah milik Najib yang telah disita

Image via NST Online

Amar telah mendedahkan beberapa butiran mengenai serangan yang dijalankan di enam premis yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan ianya merupakan rampasan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Berikut merupakan butir-butir barangan yang telah disita, seperti yang dinyatakan oleh Amar:

1. Jumlah nilai runcit barangan yang disita antara RM910 juta hingga RM1.1 bilion

Image via Malay Mail

Menurut laporan Amar Singh, pihaknya mengambil masa bermula dari 21 Mei hingga 25 Jun untuk menentukan jumlah nilai tunai dan barangan yang disita dari enam kediaman yang dikaitkan dengan Najib sendiri. Beliau berkata walaupun jumlah nilai barangan itu berjumlah RM686.37 juta, nilai runcit pasarannya antara RM910 juta dan RM1.1 bilion.

2. Lebih 12,000 keping barang kemas yang disita, termasuk 2,200 cincin, 2,800 anting-anting, 1,600 kerongsang dan 14 tiara

Image via Malaysia Kini

Walaupun pihak polis telah merampas sebanyak 284 kotak dan 72 beg besar yang mengandungi wang, barang kemas dan jam tangan dari premis itu untuk dianalisis dan dinilai, 25 beg daripada 72 yang dirampas dari kediamannya Najib di Pavilion mengandungi barang kemas sebanyak 12,000 keping.

Amar Singh juga berkata bahawa, daripada semua barangan perhiasan yang disita, barangan paling berharga merupakan rantai berlian emas putih bernilai RM6.4 juta.

Berikut merupakan pecahan jumlah barang kemas yang disita:

1) 2,200 cincin

2) 1,400 rantai

3) 2,100 gelang

4) 2,800 pasang anting-anting

5) 1,600 kerongsang

6) 14 tiara

Image via Malaysia Kini

Nilai anggaran barang kemas itu diturunkan pada RM440 juta, dengan nilai pasaran mereka berjumlah RM880 juta. Ianya telah mengambil masa selama 16 hari untuk mengira jumlah sebenar barangan kemas tersebut.

Image via Malaysia Kini

3. 567 buah beg tangan mewah yang bernilai RM51.3 juta

Menurut laporan Amar, sebanyak 567 buah beg tangan telah dirampas, di mana 37 daripadanya adalah dari pelbagai jenis jenama mewah seperti Hermes, Prada dan Chanel. Selain itu, terdapat 567 buah beg tangan bernilai RM51.3 juta daripada 273 beg yang telah diperiksa pihak polis setakat ini.

4. 423 utas jam tangan yang bernilai RM78 juta. Semua jam tersebut adalah berjenama Rolex, Chopard dan Richard Mille.

5. 234 pasang cermin mata hitam yang bernilai sehingga RM374,000. Ianya terdiri daripada jenama Versace, Dior dan Gucci.

6. RM116.7 juta tunai yang terdiri daripada 26 mata wang yang berbeza

Menurut Amar Singh, wang tunai itu mengambil masa selama tiga hari untuk dikira. Beliau juga berkata bahawa 22 orang pegawai dari Bank Negara Malaysia telah mengira jumlah wang tersebut menggunakan enam mesin pengiraan wang tunai.

Kes ini juga telah dikatakan sebagai kes rampasan terbesar dalam sejarah Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Amar Singh

Image via Malaysia Kini

Selain itu, Amar juga mengatakan bahawa kes itu telah diklasifikasikan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-Undang 2001.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: