seismik

Najib Merupakan Suspek Utama Penyelewengan & Rasuah Yang Melibatkan Wang Kerajaan

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa lebih daripada AS$4.5 bilion sudah disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Cover image via Berita Harian

Kontroversi 1MDB mula mendapat perhatian ramai pada 1 Mac 2015 apabila sebuah syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Saudi, Petro Saudi International menafikan dakwaan semua wang diperuntukkan 1MDB disalurkan ke syarikat itu

Image via Merdeka.com

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, bekas Perdana Menteri iaitu Najib bakal berhadapan dengan tuduhan penyelewengan dan juga rasuah yang melibatkan wang kerajaan.

Susulan penyiasatan ke atas dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tun Mahathir memberitahu Reuters dalam satu temu bual bahawa pasukan penyiasat kini mempunyai kes yang hampir sempurna terhadap suspek utama yang menyeleweng dana 1MDB ini dan telah salahgunakan berbilion dolar dana awam.

Najib sebagai pengasas utama 1MDB telah disifatkan memainkan peranan utama dalam kes ini

Image via Sinar Harian

Tun Mahathir juga menyuarakan bahawa, "Beliau (Najib) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya dan kami mempunyai tandatangannya atas semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB, oleh itu dia bertanggungjawab."

Tun Mahathir membuka kembali siasatan ke atas kes 1MDB dan segala pembabitan Najib dalam operasinya selepas kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pada PRU14 yang telah dicapai pada bulan lalu.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa, lebih daripada AS$4.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB. Kira-kira AS$700 juta telah berada di dalam akaun bank peribadi Najib sendiri.

Image via Online News

Susulan kes ini, Tun Mahathir juga dikatakan telah menghalang Najib dari keluar Malaysia dan pihak polis juga sudah menjalankan operasi penggeledahan harta yang mempunyai hubung kait dengannya.

Manakala, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyoal siasat Najib serta isterinya, Rosmah Mansor mengenai kes ini. Namun, Najib secara konsisten telah menafikan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang dari 1MDB.

Selain itu, jurucakap Najib sendiri tidak dapat dihubungi untuk memberi sebarang komen mengenai kes tersebut.

Dr Mahathir berkata pihak berkuasa dijangka bakal membuat tangkapan pertama kes 1MDB dalam tempoh beberapa bulan lagi. Selain itu, perbicaraan bakal bermula menjelang akhir tahun ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia Kini, Tun Mahathir berkata bahawa, "Najib bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya, dan kami mempunyai tandatangannya pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB. Oleh itu, dia bertanggungjawab."

Pihak kerajaan juga mengatakan mereka sedang bekerja keras dengan sepantas mungkin dan dikatakan telah mempunyai kes yang hampir sempurna untuk disiasat. Kes sasaran yang disebutkan merupakan Najib, Jho Low dan beberapa kes yang lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: