Surat Vokalis Linkin Park Untuk Siti Nurhaliza Ditemui Semula Selepas 21 Tahun Tular
Chester Bennington telah meninggal dunia pada 2017.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Surat daripada vokalis Linkin Park, mendiang Chester Bennington yang ditujukan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, ditemui semula oleh pengurus Biduanita Negara itu, Rozi Abd Razak
Menerusi perkongsiannya di Threads, Rozie memaklumkan surat tersebut telah diterima Siti ketika menghadiri MTV Asia Awards di Bangkok, Thailand pada 2005, ditemuinya semula ketika mengemas rumah.
"Beberapa bulan lalu, saya cerita perkara ini ketika sesi 'live' bersama Siti. Tiba-tiba sedang kemas-kemas, saya jumpa semula surat daripada mendiang Bennington yang diterima kira-kira 21 tahun lalu.
"Surat ini sampai ke bilik hotel saya dan Siti. Saya simpan sampai sekarang. Disclaimer, mengimbau sahaja, tiada tujuan lain," katanya.
Menurut Rozi, surat itu menjadi antara kenangan lama yang masih disimpannya.

Surat yang mengandungi permintaan daripada mendiang Chester
Melalui video yang dikongsi, surat itu dilihat ditujukan kepada 'Ms Siti Nurhaliza Binte Tarudin' untuk bilik 1017.
Menurut nota ringkas yang terkandung dalam surat berkenaan, mendiang Chester meminta Siti memakai topi yang diberi ketika berada di pentas pada malam terbabit.
"Kepada Ms Siti Nurhaliza Binte Tarudin. Harap dapat memakai topi di pentas malam ini. Terima kasih," tulis mendiang Chester dalam surat terbabit.
Walau bagaimanapun, Rozi memaklumkan topi yang dimaksudkan tidak dipakai oleh Siti pada malam itu.
"Datuk Siti, tak pakai topi tu sebab tak sesuai dgn penampilan, kalau check semula, beliau pakai baju kebaya labuh & seluar, buat persembahan lagu Seindah Biasa," jelasnya,
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via