seismik

Syok Berenang Dengan Ikan, Sekali Wanita Ini Cuak Sikit Lagi Nak Kena 'Ngap' Masuk Mulut

Kita pula yang cuak tengok.

Cover image via @punyaadipa29 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita pergi ke pantai atau laut, pasti banyak aktiviti air yang boleh dilakukan di sana

Antaranya adalah scuba diving yang sering menjadi pilihan kerana kita dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut yang sangat cantik.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang gadis merasa cemas selepas dia melihat seekor ikan besar menghampirinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuak terasa mulut ikan dekat bahagian kaki

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berenang sambil diawasi oleh seorang penjaga lelaki. Difahamkan, tempat itu adalah di Indonesia.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ikan tersebut bergerak ke arah wanita berkenaan dan seolah-olah mahu memakannya.

Kejadian tersebut membuatkan wanita tersebut merasakannya dan terus menjerit ketakutan. Difahamkan juga ikan itu memang berada di situ sebagai satu tarikan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Kalau aku ni memang menangis dah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan dan reaksi mereka masing-masing selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.8M views, 387.2K likes dan 4,674 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau kita pun mahu menjerit jadi macam ni, besar betul ikannya oi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: