seismik

SZBLOOMS Anjur 'Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka' Dari 23 Ogos Hingga 1 September Ini

Pelbagai diskaun menarik sehingga 60% untuk koleksi eksklusif Portmeirion juga ditawarkan.

Cover image via @szblooms (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, pengedar rasmi set pinggan mangkuk mewah Portmeirion UK di Malaysia iaitu SZBLOOMS dengan bangganya mengumumkan acara yang ditunggu-tunggu, Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka!

Difahamkan, acara ini telah berlangsung sejak 23 Ogos lalu dan bakal berakhir 1 September 2024 bertempat di SZBLOOMS, Bandar Puteri Bangi.

Baru-baru ini, penganjuran aktiviti Deko Tablescapes juga telah diadakan bersama pasukan SZBLOOMS dan Home-Influencers turut disertai oleh selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta untuk memberi inspirasi cara menghias meja gaya eksklusif dan kreatif.

Menurut Pengasas SZBLOOMS, pesta bersempena bulan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda usaha untuk mengeratkan hubungan SZBLOOMS dengan masyarakat.

"Sebagai pengedar rasmi Portmeirion UK, kami berbangga untuk membawa produk berkualiti tinggi ini kepada pencinta pinggan mangkuk di Malaysia.

"Pesta ini bukan sahaja untuk menonjolkan produk kami, tetapi juga mengeratkan hubungan antara SZBLOOMS dan komuniti," katanya.

Manakala Muhammad Mujaheed Mahfuz selaku Ketua Eksekutif SZBLOOMS pula berkata, set pinggan mangkuk bukan sahaja menambah seri meja makan malah mencipta memori tidak ternilai bersama keluarga.

"Di SZBLOOMS, anda bukan hanya memilih pinggan mangkuk, tetapi juga simbol kasih yang akan menghiasi meja makan anda. Bayangkan anak-anak anda mendengar kisah-kisah indah dan merasai kehangatan keluarga di ruang yang sama," kongsinya.

Pengguna setia koleksi Portmeirion selama hampir 15 tahun

Sementara itu, Che Ta meluahkan rasa teruja dapat terlibat dalam acara pesta tersebut memandangkan dia juga pengguna setia produk pinggan mangkuk Portmeirion selama hampir 15 tahun.

"Saya percaya bahawa hiasan meja yang cantik dapat mencipta pengalaman makan yang lebih bermakna. Saya sedia untuk berkongsi idea-idea kreatif kepada semua yang hadir.

"Mari kita meraikan keindahan dan keunikan produk Portmeirion dari SZBLOOMS sambil menghayati semangat kemerdekaan kita," ujarnya.

Untuk rekod, pesta ini akan menawarkan pelbagai diskaun menarik sehingga 60% untuk koleksi eksklusif Portmeirion, menjadikannya peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi pencinta pinggan mangkuk eksklusif dan penggemar hiasan meja.

Dalam pada itu, setiap pembelian juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke destinasi impian seperti Maldives, South Korea, atau Australia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: