seismik

Tak Ada Idea Nak Bagi Apa Sempena Hari Ibu? Jom Check It Out 7 Kedai Online Ini. Menarik!

Confirm ibu, mama, mak, bonda senyum sampai ke telinga!

Cover image via @balloonandstring (Instagram) & @zylynn.florist (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Ibu iaitu hari untuk mengingati segala pengorbanan insan yang melahirkan kita semua

Takkanlah nak sambut hari istimewa itu dengan hanya sekadar ucapan saja kan? Lebih bermakna senyuman si ibu kalau mereka mendapat hadiah dan kejutan daripada anak-anak tercinta.

Di sini kami akan kongsikan senarai kedai di Instagram untuk rujukan anda yang sedang kering idea tak tahu nak bagi hadiah apa sempena Hari Ibu nanti.

Jom kita tengok one by one. Lepas itu bolehlah pilih kedai mana yang sesuai mengikut citarasa masing-masing.

Kedai ini menjual dekorasi belon yang sangat cantik dan nampak mewah. Sempena Hari Ibu, mereka boleh merealisasikan impian anda untuk membuat custom box balloon khas untuk ibu yang tersayang. Siap boleh tulis ucapan dekat belon dan tarik duit panjang-panjang lagi tau. Sumpah cantik!

Klik link ini untuk terus membuat pesanan.

Sebut je nak apa. Bunga? Belon? Coklat? Semua mereka ada! Bukan itu saja, kedai ini juga boleh membuat jambangan duit berbentuk bunga yang sangat cantik. Memang sesuai sangat kalau anda nak bagi dekat ibu. Kalau tahun lepas dah bagi belon, apa kata tahun ini buat sedikit kelainan bagi money bouquet pula. Confirm mereka happy!

Klik link ini untuk terus membuat pesanan.

Apa? Bosan asyik bagi bunga dan belon? Jangan risau, nak bagi kek pun boleh. Kedai ini menjual pelbagai dekorasi kek yang cantik-cantik mengikut design apa yang anda mahukan. Kalau tengok dari jauh, nampak macam lukisan pun ada. Warna kek pula lebih kepada pastel dan tema lembut. Jatuh cinta betul tengok dekorasi kek mereka.

Klik link ini untuk terus membuat pesanan.

Berkonsepkan kotak Do It Yourself (DIY), kedai ini menawarkan servis satu set datang dengan pelbagai jenis barangan seperti perfume, tudung, teddy bear, dried flowes, chocolates dan macam-macam lagi. Senang cerita, anda sebut je nak letak apa dalam kotak, mereka akan buat yang terbaik dan bungkus cantik-cantik untuk anda. 

Klik link ini untuk terus membuat pesanan.

Tak suka bunga plastik dan nak bagi fresh flowers dekat ibu? Kedai inilah jawapannya. Cakap je nak bunga orkid ke, baby's breath ke, sunflower ke, ros merah ke, semua mereka boleh buat. Cantik pula tu! Nak bagi sekali dengan coklat pun boleh. Mesti ibu anda rasa sangat special dan dihargai bila dapat jambangan bunga dan coklat ini.

Klik link ini untuk terus membuat pesanan.

Kalau anda baru teringat Hari Ibu adalah esok ataupun hari ini, jangan risau. Anda boleh direct minta tolong dekat kedai ini kerana mereka menerima last minute order. Harga servis mereka juga murah dan bukan saja boleh sediakan belon atau money bouquet, tetapi boleh juga menghias bilik. Kalau nak buat surprise lain daripada yang lain, apa kata cuba cara ini pula?

Klik link ini untuk terus membuat pesanan.

Tengok gambar pun dah tahu nak bagi apa dekat ibu nanti. Money bouquet memang tengah hot sekarang kerana dekorasinya yang cantik mengikut warna duit serta nampak unik berbanding jambangan bunga biasa. Kalau pening tak tahu nak bagi belon atau duit, pilih je set yang ada kedua-duanya sekali. Mudah bukan? Untuk ibu tercinta apa salahnya sekali sekala bagi hadiah extra sikit.

Klik link ini untuk terus membuat pesanan.

Jadi, jangan tunggu lama-lama guys. List kedai dah ada, tinggal nak pilih dan buat surprise je ni. Good luck dan Selamat Hari Ibu buat anda yang bergelar ibu. You are the best mom in the world! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: