seismik

Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Ramai Simpati Dengan Cucu Sorong Nenek Stroke Sejauh 20KM

Mereka hanya mampu mengharapkan belas ihsan jiran.

Cover image via Irdk services (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Setiap orang mempunyai ujian masing-masing dalam hidup

Ia merupakan satu cabaran buat kita, ujian setiap orang berbeza-beza dan tidak boleh dibanding ataupun dinilai. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di TikTok yang memaparkan seorang budak tekad menyorong neneknya yang sakit telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah:

Terpaksa sorong nenek untuk cari tempat tinggal lain

Menerusi posting berkenaan, kelihatan gambar memaparkan seorang budak lelaki dan neneknya sedang berada di rumah.

Apa yang lebih mengejutkan adalah kisahnya yang tekad menyorong neneknya yang stroke sejauh 20km akibat tidak mampu membayar sewa rumah. Budak yang berusia 11 tahun itu menyorong kerusi roda rosak daripada Kok Lanas ke Kg Batu 8 jalan Kuala Krai.

Kini, mereka diyakini menumpang tempat tinggal di bahagian dapur rumah arwah ibu tiri budak itu. Setiap hari, mereka hanya mengharapkan belas ihsan daripada jiran. 

"Sedihnya lah, kecil-kecil dah pikul tanggungjawab yang sangat besar. Semoga dipermudah urusan adik ini dan nenek dia Ya Allah" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 2K tanda suka, 842 komen dan 2K kongsi di Facebook, rata-rata netizen juga turut bersimpati. Malah, ramai yang ingin membantu kedua-dua cucu dan nenek itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Kesiannya, semoga ada yang nak bantu mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: