seismik

"Selalu Dekat Dinding Rumah" - Lelaki Kongsi Luka Digigit Kamitetep Ini Curi Tumpuan

Serangga ini berbahaya ya rupa-rupanya.

Cover image via @brgsjks (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, serangga yang ada di rumah kelihatan kecil namun sebenarnya berbahaya

Sesiapa yang sering mengalami kegatalan kulit atau luka, anda perlu semak di sekitar kawasan rumah anda jika ada serangga kamitetep. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang lelaki digigit kamitetep telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah:

Luka dan parut berbekas di bahagian kena gigit

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang lelaki berkongsi gambar wajahnya yang luka akibat digigit kamitetep. 

Apa yang lebih menakutkan adalah apabila luka dan parut tersebut dilihat serius dan merah. Luka tersebut pada awalnya gatal dan pedih namun setelah luka kering, ia menjadi parut yang berbekas. 

Untuk pengetahuan anda, kamitetep merupakan serangga kecil yang sentiasa melekat pada dinding. Haiwan ini biasanya suka bersembunyi di bawah katil atau sofa.

Kamitetep seperti ulat kecil yang keluar daripada kepompong. Semasa menyengat atau menggigit, biasanya kamitetep akan meninggalkan bulu di tempat yang disengat. Bulu tersebut akan menyebabkan lebam dan bengkak pada kulit dengan rasa sakit dan gatal yang teruk.

Cara untuk merawat adalah dengan menyapu ubat atau balsam. Jika mahu rumah anda bebas daripada kamitetep, anda boleh menggunakan perkhidmatan pest control.

Image via Sinarplus

"Kamitetep ni memang nampak macam introvert je, sekali gigit dia ek, boleh bawa sampai klinik." - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 823.4K views, 2K retweets dan 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kalau jumpa benda ini dekat rumah, cepat-cepat buang ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: