seismik

"Tak Reti Duduk Diam" - Budak Lelaki Main Kerusi Terpusing Sampai Jatuh Ini Curi Tumpuan

Hm, itulah makannya kalau tak duduk diam.

Cover image via @v_shoppalembang (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak sudah tentu dapat menceriakan suasana di rumah

Namun begitu, kadang mereka sudah berani berkelakuan nakal dan panjang akal apabila mereka meningkat usianya. Kalau anak-anak lelaki memang terkenal dengan tingkah lakunya yang tidak boleh duduk diam bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki jatuh di kedai telefon telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba pusingkan kerusi berkali-kali sampai diri-sendiri hilang imbangan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk di sebelah keluarganya di kedai telefon.

Sedang asyik ayah dan abangnya melihat jenis telefon, dia kebosanan sambil bermain dengan kerusi yang ada. Dia dilihat duduk di atas kerusi sambil memusingkan dirinya dengan laju.

Tidak lama kemudian, dia dilihat hilang imbangan kerana kelajuannya lalu jatuh ke atas lantai. Perkara itu membuatkan semua orang di situ terkejut.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@v_shoppalembang

Balas @beebeeeeeee8 sprti ini ya? #fyp

suara asli - AH - AH

"Dia punya semangat sampai dah jatuh pun tak perasan tahu-tahu dah ke bawah je" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 17M tontonan, 2M tanda suka dan 39K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu. Malah, ramai yang bersimpati juga. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Orang yang jual tu bagi pandangan maut ya, dah lama dia peratikan kau dik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: