Tak Sangka PUBG Jadi Penyatuan, Pasangan Ini Bersyukur Akhirnya Sah Sebagai Suami Isteri
Tahniah dan selamat pengantin baru!
PlayerUnknown's Battlegrounds atau PUBG adalah permainan dalam talian yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu
Tidak kira bagi lelaki atau perempuan, permainan ini ternyata telah menarik minat ramai untuk bermain dan mencubanya.
Namun, siapa saja sangka dalam kesibukan bermain permainan tersebut tiba-tiba berjumpa jodoh di dalam platform yang sama.
Begitulah kisah pasangan ini yang akhirnya bernikah selepas mula berkenalan di dalam PUBG.
Lihat video itu di bawah:
Cinta berputik di PUBG
Menerusi video tersebut, pengantin wanita berkongsi sedutan video pendek ketika suasana majlis akad nikah mereka.
Pasangan berkenaan berkongsi mereka sudah sah bergelar sebagai suami isteri pada 2 September yang lalu.
Kelihatan pasangan itu cantik sedondon dengan pakaian serba putih dan kelihatan bahagia. Malah, pengantin wanita siap mengangkat pengantin lelaki dalam satu lagi video mereka.
Lihat video lain itu di bawah:
"Mesti dekat PUBG pengantin perempuan yang carry kan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 111.8K likes dan 2,960 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!