3 Peranti HUAWEI Ini Memang 'Fashion Forward' Dan Terhangat Di Pasaran. Bergaya!
Nice-nya!
Tahun 2019 menyaksikan definisi fesyen terkini yang lebih meluas
Bukan setakat menggayakan baju daripada pereka terkemuka atau memiliki tas tangan mewah, tetapi kini korang boleh tampil bergaya hanya dengan memiliki atau menggunakan peranti teknologi. Jika dulu, peranti teknologi hanya berperanan untuk memudahkan kehidupan, tapi kini tak lagi sebabnya ia juga berperanan untuk melengkapkan gaya korang!
Lihat je, telefon pintar flagship terbaik daripada HUAWEI, Mate 30 Pro yang menjadi bualan ramai sejak diperkenalkan kepada umum kerana reka bentuk dan gayanya yang trendy. Bukan itu saja, flagship kali ni turut menampilkan peranti sokongan yang berprestasi tinggi untuk fotografi, interaksi dan gaya hidup.
Tak percaya? Haa.. Ni kami nak share tentang 3 peranti HUAWEI yang tengah meletup kat pasaran sekarang!
Flagship terbaik, HUAWEI Mate 30 Pro
Siri HUAWEI Mate 30 yang dilengkapi cip Kirin 990 bukan saja cekap, malah dilengkapi pelbagai ciri hebat. Korang bayangkan korang kini boleh laraskan volume dengan hanya double tap di bahagian tepi skrin je. Senang kan nak dengar lagu lepas ni! Selain itu, teknologi pengecaman wajah 2.0 yang telah dikemaskini mempercepatkan lagi proses korang unlock smartphone.
Malah, sistem isyarat AI juga telah ditambah pada sistem operasi EMUI 10 bagi membolehkan korang scroll phone tanpa perlu menyentuhnya (sangat mudah kalau korang nak main phone masa tengah makan guna tangan). Korang juga tak perlu risau masalah smartphone panas, sebab Mate 30 Pro dilengkapi teknologi penyejukan filem graphene.
WATCH GT 2, jam tangan pintar dengan gaya memukau!
Ramai orang pilih WATCH GT 2 ni sebab ada banyak tema tersedia di paparan utama untuk penggunanya sesuaikan mengikut senario. Malah, ciri paparan sentuh dan mod operasi butang yang ada turut membolehkan pengguna menyemak kadar degupan jantung, tekanan pada diri dan pergerakan setiap hari.
Menggabungkan kelebihan teknikal HUAWEI, WATCH GT 2 mampu memberi peringatan kepada penggunanya sekiranya jantung berdegup kencang atau rendah. Ia juga mampu menjalankan pemeriksaan premature beat dan ujian ketepuan oksigen darah.
Dilengkapi 15 mod sukan
WATCH GT 2 menyokong sehingga 15 mod sukan, ini termasuklah 8 outdoor (berlari, berjalan, mendaki, berbasikal, trail running, open water dan triathlon) dan 7 indoor (berlari, berjalan, berbasikal, berenang, freedom training, elliptical machines dan rowing machines).
Selain 15 mod sukan, terdapat juga beberapa mod gym dan pemantauan degupan jantung ketika berenang pada WATCH GT 2. Malah, ia juga mampu mengira bilangan langkah yang diambil setiap hari dan memainkan lagu ketika bersenam.
Cuma connect WATCH GT 2 dengan HUAWEI Mate 30 atau mana-mana telefon pintar yang menyokong aplikasi HUAWEI Health, korang boleh nikmati keseronokan bersenam sama ada indoor atau di gym. Senang kan?
Satu sentuhan untuk jawab panggilan, mainkan lagu
Bagi korang yang sentiasa on-the-go, WATCH GT 2 ni memang sesuai sebab ia disertakan speaker dan microphone yang kalis air untuk setiap aktiviti kecergasan korang. Tak kiralah korang tengah berlari, berjalan atau mendaki, jawab panggilan dengan satu sentuh dari jam pintar, mudahnya!
WATCH GT 2 turut disertakan storan besar yang mampu menyimpan sehingga 500 lagu. Kalau korang install HUAWEI Music App dalam smartphone, korang boleh susun lagu pada jam dan buat playlist kegemaran!
Jawab call dengan kaca mata? HUAWEI X Gentle Monster ni memang WOW!
Kaca mata boleh mainkan muzik? Siap boleh jawab call? Yup, korang tak salah baca. Kaca mata pintar HUAWEI X Gentle Monster ni bukan je akan buatkan korang kelihatan stylo, tetapi juga ia mempunyai fungsi yang sangat menarik!
Kaca mata pintar ini adalah hasil kerjasama dengan Gentle Monster, iaitu Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01. Apa yang menariknya, ia hadir dengan beberapa fungsi pintar seperti boleh menerima atau menamatkan panggilan.
Selain itu, ia juga membolehkan pengguna memainkan atau menghentikan lagu kegemaran korang sewaktu melakukan apa jua aktiviti. Ia juga mengawal sokongan gestur, pengecasan nirwayar degan kerangka pengecasan khas yang disertakan. Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah dua kaca mata hitam dengan rekaan yang berbeza.
Harga rasmi di Malaysia untuk Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah RM1,599.
Jom dapatkan produk Smartlife dari HUAWEI hari ni juga!
Korang dah ada HUAWEI Mate 30 Pro, HUAWEI X GENTLE MONSTER dan WATCH GT 2? Tahniah, korang dah memasuki ruang ekosistem terbaik dan paling dipercayai yang ditawarkan HUAWEI. Best kan?
Berikut adalah harga untuk setiap device yang admin senaraikan kat atas tadi…
- Siri HUAWEI Mate 30: Bermula dari RM2,799 (RRP)
- HUAWEI Matebook 13: Bermula dari RM3,599 (RRP)
- HUAWEI WATCH GT 2: Bermula dari RM799 (RRP)
- HUAWEI X GENTLE MONSTER: RM1,599 (RRP)
- HUAWEI Freebuds 3: RM679 (RRP)
- HUAWEI WiFi Q2 Pro: 499 (RRP)
Tunggu apa lagi? Gaya hidup pintar bermula dari korang bersama HUAWEI. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI Mate 30 Pro, HUAWEI X GENTLE MONSTER dan WATCH GT 2 yang admin kongsikan tadi, layari laman web dan Facebook HUAWEI.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.