"Kalau UMNO Hilang Kuasa, Orang Melayu Akan Terbangsat,” Kata Najib
Menurut Najib, Melayu bakal hilang kuasa, maruah dan masa depan jika UMNO digulingkan.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa orang Melayu akan dibangsatkan jika UMNO hilang kuasa
Orang Melayu akan bangsat sekiranya UMNO yang meneraju politik negara ini kehilangan kuasa.
Peringatan itu diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di Kangar.
Menurut beliau, tanpa UMNO orang Melayu akan hilang segala-galanya. Tiada lagi kuasa, maruah dan masa depan buat orang Melayu.
Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata beliau memilih perkataan bangsat kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa.
"Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.
Selain itu, Najib menambah dengan ketiadaan UMNO orang Melayu akan tersungkur, tertiarap dan terkecundang
"Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?
"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata UMNO akan lenyap jika kerajaan sekarang berjaya digulingkan
Menurut beliau, jika UMNO terkubur Melayu hanya akan tinggal nama
Datuk Mustapha Yaakub berkata, sekiranya UMNO dan kepimpinan negara jatuh, ia akan turut membawa kesan sehingga Melayu akan kehilangan kuasa di negara sendiri.
“Melayu hanya akan tinggal nama jika UMNO jatuh. Inilah yang sedang dilakukan oleh kuasa luar yang cuba nak menghapuskan kuasa Melayu.
“Isu 1Malaysia Development Berhad adalah alat untuk menyerang Melayu dan menjatuhkan kuasa Melayu. Kuasa Melayu boleh jatuh jika UMNO hancur dan UMNO akan hancur jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditumbangkan,” katanya.
Mustapha juga berkata, andaian sesetengah pihak bahawa sekiranya Najib ditumbangkan tidak semestinya UMNO akan hancur adalah salah
“Itu andaian salah kerana ia bermula daripada kejatuhan Najib,UMNO akan turut hancur melihatkan kepada perkembangan hari ini.
“Keadaan ini berbeza dengan keadaan sebelum ini, contohnya keadaan yang berlaku apabila Datuk Onn Jaafar keluar UMNO dan tubuh Parti Negara, biro agama UMNO yang keluar dan tubuhkan Pas dan parti Semangat 46 kerana ketika itu kuasa luar tidak berminat untuk campur tangan dalam UMNO.
“Sekarang ada yang kurang senang dengan kejayaan Melayu dan mahu menghancurkannya,” ujar Mustapha
Sementara itu, sumber dari Free Malaysia Today (FMT) mencanggah kenyataan Najib dan menyatakan Melayu sudah cukup dibangsat oleh perdana menteri sendiri yang hanya datang meraih undi dan menghilangkan diri selepas itu
Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak sudah lupa bahawa dia sendiri sebagai Presiden UMNO yang telah membangsatkan Melayu sepanjang tempoh sebagai Perdana Menteri?
Walaupun bangsa Melayu dikatakan mudah lupa, kita tidaklah begitu bangang sampai lupa siapa sebenarnya dalang dalam memporak-perandakan Melayu di Malaysia ini, sampaikan hanya datang nak meraih undi lepas itu langsung menghilang.
Sumber menambah, bangsa Melayu masih ingat ketika negara ditimpa musibah banjir dan 200,000 penduduk kehilangan rumah, Najib sanggup bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii
Begitu juga ketika Sabah dilanda gempa bumi, Najib dilaporkan masih meneruskan lawatan rasminya di Arab Saudi
Memetik kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia kini sudah bijak dan tidak mudah menerima pendapat kerajaan
Mohon maaf, Datuk Seri, tapi bak kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia bukan bangang nak terima lagi kata-kata kamu dan kabinet kamu.
Melayu sekarang tidak mengambil lagi umpan-umpan dan kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh penyokong kamu.
Melayu sekarang takkan percaya propaganda yang segala isu ekonomi disebabkan Yahudi.
Melayu kini sedang bangun bertanya dan mencanggah segala kenyataan Presiden UMNO
Seorang ahli UMNO di Langkawi berkata, rakyat sudah mula menyangkal kenyataan presiden yang telah “mengencing” bukan sahaja tiga juta ahli UMNO, malah semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan parti.
freemalaysiatoday.com"Sudahlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lihat laman Facebook kamu sendiri boleh lihat Melayu dari mana-mana negeri pun dah bersuara," kata sumber.