seismik

Tawar Cawan Kopi Kedua Pada Harga RM1, Fikry Ibrahim Tampil Sebagai 'CEO Tealive' Baharu

Promosi 'CEO Fikry' ini sah sebelum jam 3 petang pada hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat.

Cover image via @Tealive_asia (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai antara anda dekat sini yang gemar dan sukakan minuman popular Tealive bukan?

Berita baik untuk anda khususnya penggemar kopi tegar, Tealive baru-baru ini tampil memperkenalkan Fikry Ibrahim bagi memainkan peranan sebagai Ketua Pegawai Espresso Tealive untuk kempen kopi mereka.

'CEO Fikry' dilancarkan bagi memberikan tawaran istimewa kepada sesiapa yang membeli mana-mana kopi daripada Tealive akan mendapat cawan kedua pada harga RM1 sahaja, hanya pada hari bekerja sebelum pukul 3 petang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, Fikry dipilih untuk peranan ini kerana beliau adalah seorang pelakon, model, pengacara TV dan pelawak terkenal yang gaya hidupnya sejajar dengan kisah jenama Tealive.

Beliau berkata, Tealive merupakan jenama membanggakan yang dibangunkan di Malaysia dan telah melebarkan sayap ke sembilan negara di lima benua, melayani lebih lima juta pelanggan setiap bulan.

"Kami mengalu-alukan Fikry untuk menerajui peranan CEO Tealive bagi kempen kopi kami. Dia juga telah berkembang sejak awal pembabitannya di Lawak Solo hingga menjadi seorang selebriti yang berorientasikan kekeluargaan sihat dan berperwatakan gembira serta diminati jutaan peminat.

“Semangat Fikry terhadap jenama Tealive sangat mengagumkan. Jadi, bersama-sama, kami akan beroleh banyak kegembiraan dan keseronokan menghidangkan lebih banyak kopi di seluruh Malaysia," katanya ketika ditemui SEISMIK baru-baru ini.

Promosi 'CEO Fikry' hanya sah sebelum jam 3 petang pada hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat

"Apabila pertama kali didekati, saya berasa disanjung tetapi juga bimbang kerana saya tidak pernah menjadi Ketua Pegawai Espresso sebelum ini.

“Saya mengambil masa dan berusaha untuk mengkaji dan membiasakan diri dengan operasi Tealive supaya saya boleh memainkan peranan ini dengan sebaik mungkin," kata Fikry yang kini mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di Instagram.

Tambahnya lagi, dia benar-benar akan memenuhi janji jenama Tealive iaitu ‘Bukan Sekadar Teh’ kerana ingin memberitahu semua orang bahawa Tealive mempunyai kopi Arabica yang hebat.

Sebagai rekod, tawaran promosi "CEO Fikry" ini hanya sah sebelum jam 3 petang pada hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat.

Beli mana-mana kopi dan anda boleh mendapatkan empat minuman ini dengan hanya RM1, termasuk Kopi Signature, Cappuccino, Americano atau Latte, sebarang saiz, panas atau sejuk untuk cawan kedua.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: