seismik

Teh Hijau Asli Ini Pasti Akan Buat Ramai Orang Terliur. Memang Fresh Macam Minum Di Jepun!

Ahhhhh, so refreshing!

Cover image via Japan Expo Malaysia

"Hmmm, tak pure la rasa teh hijau ni. Nak yang rasa teh hijau macam di Jepun, ada tak? Tapi nak pergi Jepun memang tak lah semata-mata..."

Macam mana nak selesaikan masalah ni eh?

Image via Giphy

Bila bercakap tentang negara Jepun, memang tak boleh lari daripada teknologi negara mereka yang sememangnya top dari segi kebersihan, keindahan bunga sakura, anime dan paling penting mestilah makanan mereka seperti sushi, oden dan ramen. Betul tak? Kalau minum di kedai mereka pula, tak sah kalau tak ada teh hijau disediakan.

Untuk pengetahuan anda, minuman teh hijau ni banyak khasiatnya. Minuman ini juga menjadi salah satu menyumbang kepada kadar panjang panjang umur masyarakat di sana. Tapi itu teh hijau di Jepun, mana nak cari teh hijau yang sama di Malaysia ini? Takkan nak kena terbang pergi sana pula. Alamak. 

Ha, jawapannya ada dalam setiap botol OYOSHI Green Tea!

OYOSHI Green Tea, rasa teh hijau asli yang Beyond Delicious! Fuh, sedapnyaaaaaa ~

Image via OYOSHI - F&N

Anda peminat minuman teh hijau? Dah pernah rasa macam-macam teh hijau tapi tak semua kena dengan tekak? Mungkin anda perlukan OYOSHI Green Tea!

OYOSHI Green Tea merupakan teh hijau yang mempunyai rasa dan aroma seperti teh hijau asli dari Jepun. Mempunyai 5 variasi rasa utama iaitu original, honey lemon, laici, sakura strawberi dan teh hitam. Setiap tegukan, pasti akan merasai kelainannya.

Apa yang buatkan OYOSHI Green Tea ni lagi ummphh, ianya dituai daripada teh organik yang berkualiti dan dibru 100%. Sebab itu kalau anda minum OYOSHI Green Tea boleh feeling macam di Jepun. Rasa dan aromanya yang asli pasti memikat selera.

Di bawah kami kongsi tentang variasi rasa yang ditawarkan OYOSHI Green Tea dan pilihan makanan yang ngam bila makan bersama:

1. OYOSHI GREEN TEA ORIGINAL

Image via OYOSHI - F&N

Perisa asli OYOSHI Green Tea, pilihan makanan yang best bila makan bersama semestinya sushi. Sushi merupakan gabungan nasi, cuka, garam serta pelbagai ramuan segar bermusim terdiri daripada makanan laut, sayur-sayuran, cendawan telur dan daging. OYOSHI Green Tea Original ni kalau minum, dapat membantu meneutralkan kembali mulut selepas makan sushi.

2. OYOSHI GREEN TEA HONEY LEMON (LEMON MADU)

Image via OYOSHI - F&N

OYOSHI Green Tea Honey Lemon (Lemon Madu) pilihan makanan yang sesuai untuk dijamu bersama ialah mi udon. Udon ialah mi yang bersaiz besar dan tebal. Selalunya udon ni akan dihidangkan bersama sup panas panas seperti kake udon dan kakejiru. OYOSHI Green Tea Honey Lemon ni memberikan aroma rasa teh hijau Jepun dengan lemon segar dan kemanisan asli daripada madu lebah.

3. OYOSHI GREEN TEA LAICI

Image via OYOSHI - F&N

Siapa je tak tau tentang takoyaki? Makanan ringan berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung gandum dan diisi dengan sotong kurita. Topping pula ada sos takoyaki, aoning dan bonito kering. Kalau anda suka makan takoyaki jangan lupa minuman OYOSHI Green Tea Laici sebagai gandingan bersama kerana perisa laici ni mempunyai aroma wangi green tea dan rasa buah laici yang pasti membuatkan anda rasa tak cukup kalau minum sekali je!

4. OYOSHI GREEN TEA SAKURA STRAWBERI

Image via OYOSHI - F&N

Bila ingat kuih mochi mesti teringat kuih bulat comel yang mempunyai pelbagai warna. Kuih mochi ni diperbuat daripada beras pulut, mochi ni kalau kat Jepun selalu dimakan semasa perayaan istimewa. Tapi kalau di Malaysia, anda boleh je nak makan bila-bila masa, nak lagi best makan masa minum petang lepas tu minum pula OYOSHI Green Tea Sakura Strawberi. Aroma teh hijau dan strawberi sakura pastinya membuatkan anda rasa diawangan seperti di Jepun.

5. OYOSHI BLACK TEA (TEH AIS LEMON)

Image via OYOSHI - F&N

Kalau korang peminat setia nasi, nak cuba makan nasi ala-ala Jepun? Anda kena cuba Donburi, sajian nasi kukus yang digaul bersama ayam, udang, daging dan sayuran. Kuah donburi pula selalunya ialah campuran kicap masin dan mirin. Gandingan terbaik untuk donburi pastinya OYOSHI Black Tea dengan rasa teh ais lemon. Rasa segar black tea pasti menaikkan selera anda!

Oh ya, untuk pengetahuan anda, produk OYOSHI Green Tea ini didatangkan dengan dua size utama iaitu 380ml dan 1 liter. Jadi, jika anda peminat teh hijau asli Jepun, dapatkan produk ini segera!

Eh, jom singgah booth OYOSHI Green Tea di Japan Expo Malaysia 2019. Ada banyak aktiviti yang menyeronokkan!

Image via OYOSHI - F&N

Ada 'benda' yang menarik tentang produk minuman OYOSHI Green Tea ini yang ingin kami kongsikan bersama anda semua.

Sempena Japan Expo Malaysia 2019 yang akan diadakan pada 26 hingga 28 Julai 2019 di Pavilion Kuala Lumpur, anda jangan lupa singgah ke booth OYOSHI Green Tea. Paling menarik, anda boleh main permainan putar Gachapon dan rebut peluang untuk menangi Nintendo Switch dan cenderahati dari OYOSHI.

Tapi syarat nak putar Gachapon itu adalah anda harus beli 2 botol untuk mana-mana produk OYOSHI Green Tea dulu. Eh ada lagi, anda juga boleh mendapatkan lukisan karikatur. Semua ini dan banyak lagi akan menanti anda hanya di booth OYOSHI.

Jangan lupa untuk set terus tarikh untuk anda berkunjung ke booth OYOSHI Green Tea di Japan Expo Malaysia 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk OYOSHI Green Tea atau contest yang mereka bakal anjurkan, boleh ikuti sendiri - Facebook OYOSHI Malaysia.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik: