seismik

[VIDEO] Telefon Lelaki Ini Diragut Depan Stesen Kereta Api, Tapi Netizen Fokus Orang Lain

Meskipun kasihan dengan apa yang berlaku, namun terdapat juga netizen berseloroh susulan daripada reaksi mangsa serta seorang warga asing yang turut berada di tempat kejadian.

Cover image via Twitter @myjoe_

Orang ramai perlu lebih peka demi mencegah diri daripada menjadi mangsa ragut

Kes jenayah ragut boleh dielak sekiranya orang ramai bukan sahaja lebih peka dengan keadaan sekeliling bahkan perlu mengambil langkah keselamatan seperti tidak mempamerkan barang kemas atau barangan berharga secara terang-terangan.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan antara kesilapan yang kerap dilakukan mangsa ragut ialah mereka terlalu leka dengan telefon bimbit atau seronok berbual dengan rakan sehingga menjadi sasaran mudah peragut.

Seperti yang berlaku pada seorang lelaki ini yang diragut telefon bimbitnya di hadapan stesen kereta api gara-gara terleka

Menerusi satu rakaman kamera dashboard yang dikongsikan di laman Twitter oleh @myjoe_, seorang pemandu berjaya merakam saat di mana seorang lelaki menjadi mangsa ragut.

Image via ibb.co

Dalam rakaman itu, pemuda itu dilihat sedang menunggu untuk melintas jalan sambil memegang telefonnya. Malangnya apabila dia mengalihkan pandangan dari jalan untuk melihat telefon, sebuah motosikal yang datang dari arah kanan merampas telefon tersebut dari tangannya.

Image via ibb.co

Malahan, cubaan mangsa untuk mengejar peragut tersebut juga tidak kesampaian ekoran jalannya terhalang oleh sebuah motosikal lain. Pemuda itu akhirnya hanya dapat menyaksikan peragutnya beredar dari situ.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di hadapan stesen LRT SS15.

Ternyata rakaman itu telah berjaya menarik perhatian para netizen

Pelbagai reaksi telah dikeluarkan para netizen. Meskipun kasihan dengan apa yang berlaku, namun terdapat juga netizen berseloroh susulan daripada reaksi mangsa serta seorang warga asing yang turut berada di tempat kejadian.

Antara komen daripada netizen:

Nakalnya mulut netizen. Rasa bersalah nak gelak...

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: