seismik

"Betul Ayam Penyet" - Tengah Syok Makan, Member Tak Sengaja Pijak Makanan Buat Hilang Mood

Walaupun dia ikut gelak, dalam hati sakit beb!

Cover image via @jualginjalgrosir (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita membungkus makanan daripada luar atau memesan saja untuk menjimatkan masa

Iyalah, sekarang banyak aplikasi dan perkhidmatan yang disediakan. Semuanya sangat memudahkan. Jimat masa dan tidak perlu mengemas selepas memasak. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda tidak sengaja memijak makanan housematenya telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tak perasan dan tak sengaja pijak ayam member yang tengah makan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang syok makan di atas lantai rumah mereka. 

Apa yang mengejutkan adalah apabila rakannya dilihat terpijak lauk ayam sehingga mereka dia terjerit "ehh"

Pemuda yang sedang makan itu dilihat ingin marah pada awalnya, kemudian tidak jadi marah lalu mereka serumah mengekek ketawa kerana kejadian itu.

"Member tersenyum dalam kesakitan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 23M tontonan, 2M tanda suka dan 88K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa terhibur. Malah, ada juga yang bersimpati dengan pemuda yang sedang syok makan itu. 

Barikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Aduh, sedih betul ayam goreng kena pijak member, dah ada bau kaki member! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: