Tercucuk Duri Landak Laut, Tapi Reaksi Abang Snorkeler Ini Pula Buat Netizen Bingung
Sayangkan pelancong punya pasal, terkena diri sendiri pula.
Kita perlu berhati-hati jika berhadapan dengan kehidupan laut yang berbisa dan berbahaya
Keindahan laut dan alam semula jadi sering menjadi perhatian dalam masyarakat kita untuk beriadah dan menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Tidak lupa juga, pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menarik untuk diterokai.
Namun, janganlah kita terlalu leka. Kehadiran kita ke 'kawasan' mereka juga sering dianggap sebagai ancaman. Sentiasa berwaspada dan mengambil nasihat daripada pakar yang berpengalaman.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok berkenaan tindakan seorang lelaki yang memukul tapak kakinya berkali-kali di atas sebuah bot.
Jangan ambil ringan dengan duri landak laut walaupun ia lembut dan rapuh
Menerusi video yang telah dimuatnaik oleh @jambangss di TikTok, tindakannya yang memukul tapak kaki berkali-kali adalah disebabkan untuk mengeluarkan duri landak laut yang tercucuk ketika membersihkan tapak snorkeling buat para pelancong.
Biarpun begitu, ini merupakan salah satu pengorbanan buat para snorkeler untuk memastikan keselamatan para pelancong sentiasa dalam keadaan terbaik dan terjamin.
Reaksi lelaki tersebut dilihat sangat santai dan tenang. Dia juga turut memberi tips dan cara-cara untuk mengeluarkan duri landak laut secara ringkas.
Tonton video sambungan penjelasan lelaki berkenaan di bawah:
"Bisa hidupan laut tak ada lah bisa sangat, tapi kalau dah kena. Seminggu pun boleh terbaring." - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berkongsi tips dan pengalaman berkaitan situasi apabila terkena bisa dan serangan hidupan laut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 377.6K views, 23.7K likes dan 50 comments.
Berikut di bawah merupakan antara komen dan perkongsian pengalaman daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!