seismik

Siap Potong Rambut! Usaha Kerajaan Untuk Pelihara Gelandangan Memang A+. Terbaik!

Terharunya tengok :')

Cover image via Twitter @Annuarmusa

Tan Sri Annuar Musa sebelum ini memaklumkan terdapat 507 gelandangan ditempatkan di lima pusat komuniti dan dewan serbaguna DBKL iaitu di Sentul, Ampang, Setiawangsa, Alam Damai dan Kepong

Ia merupakan salah satu usaha dan langkah yang dibuat oleh kerajaan bagi membantu menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khusus bagi menangani wabak Covid-19 di negara ini.

Susulan itu, pada 6 April lalu Annuar turut mengumumkan satu berita baik apabila pusat komuniti yang menempatkan kelompok berkenaan kini telah dipasangkan cubicles agar kehidupan setiap daripada mereka lebih privacy dan terjaga.

Usaha serta keprihatinan yang ditonjolkan terhadap golongan kurang bernasib baik itu telah menyenangkan hati netizen yang rata-ratanya terharu dengan perkara tersebut.

Terbaru, netizen sekali lagi tersentuh dengan bantuan yang diberikan terhadap kelompok gelandangan ini apabila mereka turut diberikan perkhidmatan menggunting rambut

Usaha yang sangat mulia itu pada awalnya telah dimaklumkan oleh Annuar sendiri menerusi satu tweet di laman Twitter miliknya semalam.

Layanan istimewa tersebut diberikan kepada para gelandangan semestinya agar mereka kelihatan lebih kemas daripada sebelum ini. Di dalam tweet tersebut, Annuar kemudiannya turut menunjukkan beberapa gambar individu yang telah selesai menggunting rambut dan kelihatan berbeza dari sebelumnya.

Di ruangan komen, netizen menganggap perkara tersebut sebagai satu usaha yang sangat murni dan bermakna dilakukan terhadap kelompok terbabit

Alhamdulillah, bersyukur sangat tengok macam ni.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: