seismik

"Syabas, Moga Diberkati" Netizen Puji Langkah Kerajaan Pasang 'Cubicles' Buat Gelandangan

Semua orang terpelihara. Alhamdulillah...

Cover image via Malaymail

Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak daripada 18 Mac lalu sebagai usaha untuk menangani wabak Koronavirus Covid-19

Image via Harian Metro

Sepanjang tempoh itu, rakyat di seluruh negara tidak dibenarkan berada di luar rumah tanpa alasan yang kukuh seperti untuk ke pejabat, membeli barangan keperluan dapur dan sebagainya. 

Justeru itu, antara usaha lain yang dilakukan kerajaan bagi membantu menjayakan PKP ketika ini adalah dengan menyediakan penempatan khas buat gelandangan di beberapa buah pusat komuniti ketika ini agar bantuan kepada mereka lebih mudah untuk disalurkan selain keselamatan yang lebih terjamin.

Bagi gelandangan di Kuala Lumpur, Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata terdapat 507 gelandangan ditempatkan di lima pusat komuniti dan dewan serbaguna DBKL iaitu di Sentul, Ampang, Setiawangsa, Alam Damai dan Kepong

Oleh itu, dalam usaha untuk menambahbaik pusat penempatan buat para gelandangan, Annuar semalam telah mengumumkan satu berita baik apabila pusat komuniti yang menempatkan kelompok berkenaan kini telah dipasangkan cubicles agar kehidupan setiap daripada mereka lebih privacy dan terjaga.

Perkara itu telah dimaklumkan beliau sendiri melalui satu tweet di laman Twitter miliknya. Beliau berkata bahawa dia akan cuba untuk menyediakan selimut buat mereka selepas ini.

Usaha murni yang dibuat terhadap para gelandangan itu telah mendapat pujian dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terharu dengan bantuan dan keprihatinan yang ditonjolkan

Alhamdulillah, terima kasih di atas segala yang telah dilakukan oleh setiap individu dalam usaha untuk sama-sama menangani wabak Covid-19 ini.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: