seismik

[TERKINI] Kereta Api Kargo & KTM Kemalangan Di Stesen Tanjung Malim, Perak

Kemalangan telah berlaku kira-kira jam 6:02 am hari ini dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Cover image via Bernama News Channel / Facebook

Terbaru, kemalangan yang membabitkan kereta api kargo dan juga Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter pagi ini telah menyebabkan kelewatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sektor utara dan KTM Komuter laluan Tanjung Malim-Kepong

Image via Harian Metro

Menurut laporan, KTM Berhad juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook mereka pagi ini mengenai kejadian tersebut.

Baca kenyataan penuh di bawah:

Kelewatan perkhidmatan tren ini berlaku kerana penggunaan satu landasan sahaja di antara Tanjung Malim-Kuala Kubu Baru

Kemalangan itu juga telah menyebabkan ETS sektor utara mengalami kelewatan antara 10 hingga 15 minit manakala KTM Komuter laluan Tanjung Malim - Kepong mengalami kelewatan 20 hingga 30 minit.

Berikut merupakan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh pihak KTM Berhad di laman Facebook mereka mengenai insiden pelanggaran tersebut:

KTM Berhad juga turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan

Lihat lagi gambar kejadian di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: