seismik

"Terubat Juga Rindu" - Siap Bergambar, Pelajar Malaysia Seronok Jumpa Myvi Di Scotland

Mestilah seronok, jumpa king of the road tu.

Cover image via Mahziah Ramly (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa saja tak kenal kereta tempatan berjenama Perodua Myvi bukan?

Digelarkan "King of the road" di Malaysia akibat kebolehannya yang selalu di luar jangkaan. Sehingga ada yang mengatakan Myvi boleh terbang. 

Baru-baru ini, viral sebuah posting di Facebook yang memaparkan sekumpulan pelajar Malaysia terjumpa Myvi di Scotland telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Terubat rindu apabila terjumpa kereta tempatan di luar negara

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang memuat naik gambar anaknya yang berada di Scotland menerusi kumpulan Facebook MYVI CLUB MALAYSIA [OFFICIAL]

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anaknya dilihat menghantar gambar bersama kereta tempatan iaitu Perodua Myvi. Katanya juga, mereka sekumpulan pelajar Malaysia yang berada di Scotland terubat rasa rindu mereka kepada Malaysia. 

"Once a king, always a king no matter which generation" - Netizen

Susulan tularnya posting berkenaan yang kini meraih sehingga 1.2K tanda suka, 45 komen dan 325 kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut teruja melihat Myvi yang berada di luar negara itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Jauh betul Myvi ni merantau, memang boleh terbang! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: