seismik

[VIDEO] "Best Dancer Award" - Gelagat Budak Kecil Menari Lagu Blackpink Curi Tumpuan

Memang fanboy ni!

Cover image via @lindafrans97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu dunia tahu, kumpulan K-pop paling popular merupakan kumpulan wanita yang dikenali sebagai Blackpink

Siapa saja yang tidak kenal mereka? Bukan saja berbakat dalam menyanyi malah tarian mereka juga sangat mengagumkan. Kumpulan itu tidak dinafikan memang mempunyai ramai peminat tidak mengira usia dan jantina.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua orang budak lelaki dilihat berjoget lagu Blackpink telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sakan menari lagu 'Boombayah' depan keluarga

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang budak lelaki sedang membuat persembahan di ruang tamu depan keluarga mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak lelaki yang berbaju merah dilihat sangat berbakat dalam menari lagu Korea itu. Dia dilihat menghafal semua steps tarian tersebut lalu membuatkan semua keluarga gelak sakan. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah: 

@lindafrans97

Reply to @hnthilah.com duit hasil mengalai . #tradisional bajau dance #fypmalaysia #fypdongggggggg

original sound - Lindafrans - Lindafrans

"Yang baju merah tu confirm minat kat Jennie" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sebanyak 1.3M tontonan, 121K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua budak itu. 

Ada juga netizen yang berkongsi pendapat mereka tentang tarian budak itu. Malah, ramai juga yang menyatakan bahawa mereka masih kecil dan perkara ini hanya untuk hiburan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Power betul sampai semua steps tarian dia hafal! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: