seismik

"Steady Betul" - Aunty Cina Ikut Nyanyi Lagu Melayu, Siap Ingat Lirik Buat Ramai Terpegun

Memang betul-betul enjoy ya diaorang nyanyi.

Cover image via @en_goldmaster3185 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lagu-lagu zaman dulu tidak dinafikan kadangkala jiwangnya sehingga menusuk kalbu

Lirik lagu-lagu yang mendalam dan sangat relatable itu membuatkan kita ingat sehingga sekarang. Kadangkala syok mendengar dan melayan perasaan sehingga kita jadi ikut menyanyi sekali. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila terdapat dua orang aunty Cina syok menyanyi diiringi dengan alunan piano telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Syok menyanyi lagu Melayu dengan sepenuh hati

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang bermain piano tentang lagu Melayu di sebuah mall. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila terdapat dua orang aunty Cina menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Mereka dilihat sangat hafal lirik sambil menyanyi dengan penuh perasaan. 

"Zaman kami sekolah dulu awek Cina ramai layan lagu Melayu, siap beli kaset" - Netizen

Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 288K tontonan, 31K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun dan kagum dengan dua orang aunty Cina itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Sporting betul aunty Cina tu, siap joget dan support pianist tu! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: