"Suami Kau Ada?" - Tak Naik Kereta Atau Motor, Lelaki Ini Jemput Isteri Bawa Monorel
Next level betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kenderaan seperti motosikal atau kereta sememangnya sangat memudahkan pergerakan kita
Namun begitu, jika berada di tempat atau bandar yang sesak, memandu kenderaan kadangkala memenatkan. Oleh sebab itu, ramai yang pergi bekerja menggunakan kenderaan awam seperti bas, MRT, LRT atau monorel di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, tular sebuah video rare di TikTok yang memaparkan seorang isteri dijemput oleh suaminya menggunakan monorel itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami bawa monorel jemput isteri balik kerja
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menunggu kedatangan suami yang ingin menjemputnya pulang.
Apa yang menarik adalah apabila suaminya dilihat memandu tren monorel untuk menyambutnya pulang. Rupa-rupanya, suaminya itu bukanlah menempah seluruh monorel. Sebaliknya, suaminya itu memang berkerja sebagai konduktor pengangkutan awam.
"Berapa bayar bulanan ni? Kalah limo, rare sangat ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 165K tontonan, 19K tanda suka dan 348 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan menyakat suami isteri itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: