seismik

"Tak Gerak Sampai Kesudah" - Budak Perempuan Cuak Jumpa Patung Bumblebee Ini Curi Tumpuan

Kenapa comel sangat dik?

Cover image via @adamdeanng (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah pasti sering melihat gelagat mereka yang melucukan

Kadangkala aksi-aksi mereka menggeramkan dan mencuit hati para ibu bapa. Sesetengah anak kecil memang sukakan patung dan dijadikan mainan kegemaran, namun sudah pasti ada juga yang akan merasa takut kepada patung besar dan bergerak. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila budak perempuan takut dan tidak bergerak apabila jumpa patung telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terus 'mengeras' tidak bergerak bila nampak patung Bumblebee datang dekat

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan dan keluarganya sedang berada di sebuah pasar raya. 

Apa yang melucukan adalah apabila budak perempuan itu dilihat mengelak pandangan daripada patung Bumblebee yang mendekatinya. Lebih menghiburkan lagi, dia dilihat berdiri tegak dan tidak bergerak seperti patung apabila Bumblebee itu datang ke arahnya. 

Dia juga dilihat terus berdiam diri apabila diusik oleh Bumblebee. Situasi itu telah dirakam oleh keluarganya dan membuatkan mereka semua ketawa. 

"Ni bukan Squid Game nak, kenapa kejung gitu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sebanyak 969K tontonan, 95K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti dalam hati dia nak menjerit ibu tolong, sampai hati tinggalkan adik! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: