seismik

[VIDEO] "Macam Anak Dengan Ayah" - Gadis Mirip Muka Jho Low Ini Buat Ramai Tercengang

"Ingatkan Jho Low dah bertudung tadi" - Netizen

Cover image via @eiqamaleq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernahkah anda dengar, dalam dunia ini akan ada orang yang muka seakan-akan mirip dengan kita?

Bukan sepenuhnya sama, cuma sekali pandang itu memang kelihatan hampir serupa. Kadangkala, rakan kita juga akan samakan wajah kita dengan orang lain. 

Sama seperti yang berlaku dengan gadis ini apabila mukanya mirip Jho Low telah mengejutkan ramai orang. Videonya yang dimuat naik di TikTok kini viral dan ditonton ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@eiqamaleq

Reply to @richardqee haa sudahhh

Easy On Me - Adele

Muka mirip Jho Low, siap berikan senyuman yang persis sama

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya untuk membalas sebuah komen yang menyatakan "Astaghfirullahaazim, terkjut i, ingatkan Jho Low pakai tudung!"

Mukanya persis dan sangat mirip muka Jho Low. Lebih melucukan lagi, apabila dia tersenyum menunjukkan gigi yang serupa dengan gambar Jho Low. 

Untuk pengetahuan anda, Jho Low merupakan usahawan yang namanya sering terpampang di kaca TV. Dia juga dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat kontroversi 1MDB. 



"Comel je, dah lama ke berpisah adik beradik ni?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sebanyak 102K tontonan, 10K tanda suka dan 700 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan kemiripan wajah gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang serupa ya muka mereka, aduhai terhibur tengok sis ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: