seismik

"Keluar Saka Ayam" - Gara-Gara Terkejut, Lelaki Kuat Melatah Ini Bikin Netizen Pecah Perut

Sampai terkeluar bunyi ayam.

Cover image via @boycarlostowing (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam banyak-banyak kawan, pasti ada beberapa orang yang memang akan kuat melatah bukan?

Kita yang mendengar member melatah ini pun jadi mudah terhibur sebab gelagat mereka yang terkejut itu. Kadangkala reaksi mereka yang suka melatah itu memang melucukan. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki dilihat terkejut dan melatah itu telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terkejut lalu melatah setelah rakannya membaling kain kepadanya

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang duduk menunggu makanan mereka di sebuah kedai makan. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seorang lelaki tiba-tiba melatah terkejut akibat rakannya membaling kain kepadanya. Lebih melucukan lagi, dia siap melatah bunyi ayam sehinggakan rakan-rakan di situ mentertawakannya. 

"Kesian member, habis keluar saka ayam dia" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 8M tontonan, 775K tanda suka dan 15K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar lelaki itu melatah. Malah, ramai yang menyakat lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Tak boleh berhenti gelak, kesian member dah keluar bunyi ayam dia tu! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: