seismik

[VIDEO] Bekas Teman Lelaki Isteri Datang Majlis Perkahwinan, Reaksi Suami Raih Perhatian

Siap peluk!

Cover image via @tasikasik.id (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis perkahwinan merupakan hari bahagia bagi pasangan raja sehari

Dapat menjalinkan hubungan dan ikatan sah sudah tentu merupakan perkara yang menggembirakan. Namun begitu, setiap orang juga mempunyai kisah silam dan kenangan tersendiri dengan insan yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Tidak mudah jika mereka muncul semula di depan mata bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila situasi bertukar apabila bekas teman lelaki si isteri muncul di majlis perkahwinan telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pengantin perempuan kelihatan sebak apabila dipeluk

Menerusi video berkenaan, kelihatan sepasang raja sehari sedang berada di atas pelamin untuk menerima tetamu di hari bahagia mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila muncul bekas teman lelaki pengantin perempuan itu dan memeluknya sehinggakan wanita itu kelihatan sebak. 

Lebih menyedihkan lagi apabila pengantin lelaki dilihat terpaksa memeluk lelaki itu sambil mukanya menahan kesedihan. Situasi itu kelihatan sangat janggal. 

"Tak payah datang, memang boleh rosakkan hari bahagia orang. Move on" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 77K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak puas hati dengan situasi tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Macam-macam dugaan betul, kesian suami dia :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: