"Habis Gaji Sebulan" - Pemuda Bida Baju Akira Lebih RM1K Ini Cetus Perdebatan Netizen
Only thrifter know.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, ramai anak muda yang mempunyai hobi 'menyelam' di kedai bundle
Mana tidaknya, kadang kala baju bundle mempunyai pelbagai jenama yang berkualiti dan harganya juga berpatutan. Namun begitu, ada juga bundle yang menjual pakaian atau kasut limited edition yang mempunyai nilai lebih tinggi apabila dijual semula.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda bida baju Akira sehingga mencecah lebih seribu ringgit telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bida baju Akira limited edition sehingga RM1800
Menerusi video berkenaan, kelihatan ramai pemuda yang berkumpul di sebuah booth menjual baju bundle di Bundle Expo 2021.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila penjual itu dilihat membuka bidaan kepada orang ramai. Lebih mengejutkan lagi, baju itu terjual pada harga RM1800 setelah seorang pemuda membida dengan harga tersebut.
Baju Akira yang merupakan edisi pertama anime itu telah terjual pada akhirnya kepada pemuda itu. Malah, ramai yang bergembira dan turut bertepuk tangan untuknya.
"Baju vintage anime Akira memang mahal, lagi-lagi merchandise rasmi anime" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.7M tontonan, 187K tanda suka dan 4K komen, rata-rata netizen turut berkongsi pendapat masing-masing. Ada yang memberi komen positif, ada juga yang memberikan komen negatif.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: