"Habis Lencun" - Sakan Bergambar Tepi Pantai, Sekali Lain Pula Jadinya Bila Ombak Kuat
Basah dah baju.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti di tepi pantai sudah tentu menjadi kegemaran ramai semenjak ini
Namun begitu, baru-baru ini kerajaan menyarankan semua pihak supaya tidak melakukan aktiviti air di pantai kerana cuaca monsun timur laut. Disebabkan itu, kemungkinan paras air akan naik dan akan berlakunya air pasang.
Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini mengenai seorang gadis yang habis basah lencun akibat ombak yang terlalu kuat di tepi pantai telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seronok bergambar di tepi pantai sampai baju basah gara-gara ombak kuat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang cuba mencari tempat untuk bergambar di tepi pantai.
Tidak lama kemudian, dia dilihat posing berdiri di atas batu berlatarbelakangkan laut yang indah. Namun begitu, lebih melucukan lagi apabila ombak yang kuat dilihat membasahi gadis itu sehingga bajunya basah.
"Kat pasir depan tu kan boleh ootd. Nak jugak kat atas batu, ghisau aku" - Netizen
Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 125K tontonan, 5K tanda suka dan 300 komen itu, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat gadis itu. Malah, ramai juga yang menasihatinya supaya lebih berhati-hati.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: