"Itu Tok Ayah" - Anak Nampak Atuk Masa Ziarah Kubur, Reaksi Ibu Bikin Ramai Sebak
Risau.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setelah kerajaan mengumumkan kelonggaran rentas negeri, ramai yang telah mengambil inisiatif untuk pulang ke kampung
Iyalah, setelah sekian lama tidak berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga, pasti rindu kian terasa. Dengan kesempatan ini juga, ramai yang dilihat menziarahi kubur ahli keluarga.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sekeluarga pergi menziarah kubur arwah ayah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak menuding jari sambil bercakap "Itu Tok Ayah"
Menerusi video berkenaan, kelihatan mereka sekelurga pulang ke kampung lalu menziarahi ke kubur arwah ayah.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila anak pasangan itu dilihat menuding jari ke arah pokok sambil berkata dia nampak atuknya yang digelar Tok Ayah.
"Haa, tu tok ayah. Nampak lah tu tok ayah", katanya.
Reaksi ibu dan ayahnya pula bikin sebak apabila mereka merespon "hi tok ayah, afi datang ni tengok tok ayah."
"Tok ayah rindu kat cucu mungkin Allah beri kesempatan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 449K tontonan, 45K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut melontarkan pandangan masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: