seismik

[VIDEO] Tengah Lepak Dengan Member, Gadis Tunjuk Teman Lelaki Sanggup Kopekkan Udang

"Tengah wangi dik" - Netizen

Cover image via @beybiemieykaa_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasangan yang baru memulakan hubungan sudah pasti sedang hangat bercinta

Seperti yang selalu kita dengar, kaum lelaki kalau dah sayang sanggup buat apa saja untuk menggembirakan hati pasangannya bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki sanggup kopekkan udang teman wanitanya semasa lepak telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:  

Sanggup kopekkan udang awek walaupun tengah lepak dengan member

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang lelaki sedang melepak sambil berbual antara satu sama lain di luar kereta. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila teman wanita yang berada di dalam kereta memintanya untuk mengopek udang. Dengan tidak mengeluh, lelaki itu pantas menghampiri teman wanitanya dan terus mengopek udang itu. 

"Kat shopee ada tak jual lelaki macam ni, nak beli" - Netizen

 Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 500K tontonan, 27K tanda suka dan 900 komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain orang, lain cara untuk tunjuk kasih sayang. Semoga mereka berdua bahagia! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: